- Lain-lain
GBC Fokus Perincian Perlaksanaan Gencatan Senjata Kemboja-Thailand
Perincian perjanjian gencatan senjata konflik sempadan Thailand-Kemboja dan skop tugas 'Kumpulan Pemantau Atase Pertahanan ASEAN' merupakan dua fokus utama yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia.
Perkara itu dinyatakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia , Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Nizam Jaffar dalam satu temu bual bersama media tempatan pada Selasa.
Nizam menekankan kedua-dua perkara ini perlu dimuktamadkan terlebih dahulu bagi memastikan Thailand dan Kemboja dapat mencapai kata sepakat dalam proses pelaksanaan, termasuk bagaimana untuk menyelia pelaksanaan perjanjian gencatan senjata oleh 'Kumpulan Pemantau Atase Pertahanan ASEAN'.
Beliau berkata, penetapan terma rujukan adalah hal yang amat penting, kerana ia akan memastikan pematuhan ketat kepada perjanjian berdasarkan persefahaman antara satu sama lain, dan juga melibatkan peraturan yang berkaitan untuk operasi kumpulan pemantau.
- Kemboja, Thailand Komited Tamatkan Konflik Sempadan - PAT Malaysia
- Misi Pemerhati Sementara Atase Tentera ASEAN Mulakan Pemeriksaan Kedua di Sempadan Kemboja-Thailand
- Malaysia Bantu Selesai Pertikaian Sempadan Kemboja-Thailand
- Rundingan Tiga Pihak di Shanghai Dorong Pelaksanaan Gencatan Senjata Kemboja-Thailand
- Konflik Thailand-Kemboja: China Komited Bantu Kukuh Persetujuan Gencatan Senjata
- Konflik Thailand-Kemboja: China Komited Galak Rundingan Damai
- Thailand Dakwa Kemboja Langgar Perjanjian Gencatan Senjata
- Konflik Sempadan: 22 Warga Thailand Maut
- China akan Main Peranan Konstruktif untuk Dorong Gencatan Senjata antara Kemboja dan Thailand
- Pemimpin Kemboja, Thailand Dijadual Bertemu di Putrajaya