- Lain-lain
Bela Hak Penggunaan Damai Sambil Perangi Pencambahan WMD - Wakil China
Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Geng Shuang menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa perlu membela hak penggunaan secara damai sambil memperkasakan usaha memerangi pencambahan senjata pemusnah besar-besaran (WMD).
Ketakcambahan WMD antara isu tadbir urus keselamatan global, dan ia memerlukan pelan penyelesaian global berasaskan multilateralisme dan penglibatan meluas komuniti antarabangsa, kata Geng ketika berucap pada sesi terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai ketakcambahan WMD, pada Rabu.
"China menentang keras pencambahan WMD, sementara memberikan perhatian tinggi terhadap pembinaan sistem ketakcambahan di peringkat global serta pelaksanaan resolusi 1540 Majlis Keselamatan mengenai ketakcambahan WMD.
"Di samping itu, China sentiasa melaksanakan kewajipan antarabangsa sendiri, di samping secara aktif mendorong kerjasama antarabangsa berkaitan," kata Geng.
Beliau berkata, China akan terus berganding bahu dengan pelbagai pihak untuk mempromosikan pelaksanaan resolusi 1540, menambah baik sistem ketakcambahan antarabangsa, dan memperkukuh tadbir urus ketakcambahan global, demi menyumbang kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan dunia.
- ASEAN Seru Patuhi Gencatan Senjata di Timur Tengah
- PBB Peringati Ulang Tahun Nakba, China Seru Pelaksanaan “Penyelesaian Dua Negara”
- Sebarang Rundingan akan Berlangsung Tanpa Gencatan Senjata - PM Israel
- AS, Ukraine Sepakat Kuatkuasakan Gencatan Senjata Sementara
- Hamas Komited Laksana Perjanjian Gencatan Senjata
- Gencatan Senjata Lubnan-Israel Dijadikan Keutamaan Utama - Wakil China
- AS, Pencipta Risiko Strategi Ancaman Nuklear Terbesar di Dunia
- Hamas Ulangi Desakan Laksana Gencatan Senjata
- China Ulangi Desakan Gencatan Senjata Serta-merta di Gaza
- China Desak Israel Hentikan Serangan terhadap Rafah