- Lain-lain
China Sasar Capai Kejayaan Besar Dalam Teknologi BCI Menjelang 2027
Pengunjung mendalami tentang sistem otak-komputer pintar di Pusat Pameran Zhongguancun di Beijing, ibu negara China pada 20 Jun 2025. (Xinhua/Ju Huanzong)
Beberapa badan berautoriti China telah mengeluarkan satu set garis panduan secara bersama, dengan matlamat untuk mempromosi pembangunan inovatif industri antara muka otak-komputer (BCI), lapor agensi berita Xinhua pada Khamis.
Xinhua yang memetik kenyataan bersama oleh badan kerajaan termasuk Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat serta Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Kebangsaan itu menyatakan bahawa China berusaha untuk mencapai kejayaan teknologi utama dalam industri tersebut menjelang 2027, di samping dengan penubuhan teknologi maju, industri dan sistem piawaian.
Difahamkan, teknologi BCI membolehkan interaksi antara kecerdasan mesin dan biologi, dengan membina saluran maklumat antara mesein dan otak manusia, misalnya seperti penyepaduan antara sains dan teknologi maklumat.
Secara lebih spesifik, garis panduan itu turut mengajak untuk penggunaan produk BCI yang dipercepat di serata sektor seperti pembuatan industri, penjagaan kesihatan dan penggunaan menjelang 2027, selain untuk pembangunan senario baharu, model perniagaan dan format.
Menjelang 2030, garis panduan itu menyatakan bahawa China seharusnya memperkuat kemampuan inovasi BCI-nya dengan signifikan, mewujudkan ekosistem industri yang boleh diharap dan selamat, serta memupuk dua ke tiga perusahaan terkemukan yang berpengaruh pada peringkat global.
Badan-badan berautoriti China itu turut menggariskan tugas-tugas utama, termasuk kemajuan penyelidikan perisian dan perkakasan asas, serta mencapai kemajuan signifikan dalam pembangunan cip BCI.
- Penyelidik China ‘Hidupkan Semula’ Inskripsi Tulang Nujum
- Shenzhen Bakal Buka Lembaran Baharu Dalam Pembukaan, Inovasi
- Dinamika China | Inovasi adalah Daya Penggerak Utama Pembangunan
- Pasukan Inovasi Qingdao Catat 12 Rekod Dunia Dalam Pengoperasian Pelabuhan Automatik
- Biar Dunia Tahu China Sedang Hasilkan Inovasi – CEO GSMA
- Faktor Dinamik Pacu Perkembangan Maju Inovasi China
- Model Perniagaan inovatif: Momentum Baharu Pertumbuhan Perdagangan Asing
- Pembangunan Juruteknik Kelas Pertama Jadi Keutamaan China
- Ekonomi Digital Buka Pintu Rezeki Baharu
- China di Tangga ke-11 Indeks Inovasi Global