Shenzhen Bakal Buka Lembaran Baharu Dalam Pembukaan, Inovasi

Pejabat Maklumat Majlis Negara China (SCIO) mengadakan sidang media mengenai Pandangan terhadap Kemajuan Pembaharuan Perintis Komprehensif Shezhen untuk Memperdalam Pembaharuan dan Inovasi serta Mengembangkan Pembukaan di Beijing, ibu negara China pada 12 Jun 2025. (Xinhua/Zhang Yuwei)

Pejabat Maklumat Majlis Negara China (SCIO) mengadakan sidang media mengenai Pandangan terhadap Kemajuan Pembaharuan Perintis Komprehensif Shezhen untuk Memperdalam Pembaharuan dan Inovasi serta Mengembangkan Pembukaan di Beijing, ibu negara China pada 12 Jun 2025. (Xinhua/Zhang Yuwei)

Shenzhen, bandar yang terletak di selatan China yang juga pendahulu dalam usaha pembaharuan, telah bersedia untuk mengambil langkah berani susulan daripada pengumuman satu pakej dasar oleh China pada baru-baru ini untuk memperdalam peranan bandar itu sebagai pendahulu terhadap usaha pembaharuan, inovasi dan pembukaan, lapor agensi berita Xinhua.

Pada Selasa, satu set garis panduan telah dikeluarkan oleh pihak pentadbiran pusat yang menekankan tentang sekumpulan langkah baharu bagi Shenzhen untuk memecahkan halangan institusi dalam pendidikan, sains dan pembangunan bakat; memperkukuh integrasi dalam inovasi, industri, modal dan rantaian bakat; serta menerokai kerjasama baharu dalam Kawasan Teluk Besar (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macau.

Sebagai bandar yang segar di Provinsi Guangdong, Shenzhen telah digalakkan untuk menjadi pendahulu dalam pembangunan bandar yang didorong inovasi, berorientasikan global dan moden.

Pada 2020, iaitu ulang tahun ke-40 penubuhan zon ekonomi khas Shenzhen, China telah melancarkan perintis pembaharuan komprehensif di bandar itu, menekankan peranan pentingnya dalam agenda pembukaan dan pembaharuan yang lebih besar buat negara China.

Dalam satu sidang media pada Khamis, Li Chunlin, timbalan pengarah Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Kebangsaan menyatakan Shenzhen telah melaksanakan kemajuan cemerlang dalam hampir lima tahun yang lalu.

Lapor Xinhua, beliau menyatakan bahawa penemuan-penemuan penting telah dicapai dalam bidang-bidang utama, di samping beberapa siri hasil pembaharuan yang berpengaruh.

Menurut Datuk Bandar Shenzhen, Qin Weizhong, bandar itu telah mengekalkan kadar pertumbuhan KDNK tahunan cemerlang sebanyak 5.5 peratus sejak 2020 hingga 2024, selain membuat penerokaan penting dalam pembaharuan, antaranya termasuk himpunan dana rentas sempadan, keselamatan buat syarikat pemula teknologi yang dibantu oleh hak harta intelek (IP).

Miao Hong, timbalan ketua setiausaha Kementerian Sains dan Teknologi dalam sidang media yang sama turut berikrar bahawa pihaknya akan menyokong Shenzhen agar dapat membina GBA menjadi pusat inovasi teknologi global.

Untuk rekod, bandar itu telah memupuk lebih daripada 2,600 perusahaan AI yang utama, serta menggubal undang-undang tempatan pertama China terhadap ekonomi beraltitud rendah, melancarkan hampir 300 laluan dron dengan lebih 1.7 juta penerbangan kargo.

Ekosistem inovasi juga sedang berkembang mekar, dengan input R&D mencapai 6.46 peratus daripada KDNK Shenzhen pada 2023. Mempunyai lebih daripada 25,000 perusahaan berteknologi tinggi kebangsaan, bandar itu telah menerajui China dalam kelulusan paten buat tujuh tahun berturut-turut, dengan241,900 paten diluluskan pada 2024.

Video

Berita Berkaitan