- Lain-lain
Xi, Lula Adakan Perbualan Telefon, Tekad Perkukuh Kerjasama BRICS dan Selatan Global
China mengucapkan tahniah kepada Brazil atas kejayaan menganjurkan Sidang Kemuncak BRICS dan menyatakan bahawa mekanisme BRICS merupakan platform penting untuk membina kesepakatan dalam kalangan negara Selatan Global.
Perkara itu disampaikan Presiden China, Xi Jinping ketika mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva pada Selasa.
Xi turut meluahkan harapan agar China dan Brazil dapat bekerjasama dalam menangani cabaran global, memastikan kejayaan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Belem serta menyokong inisiatif "Group Friends for Peace" dalam mencari penyelesaian politik bagi krisis Ukraine.
Sementara itu, Lula menyatakan bahawa Brazil amat mementingkan hubungan dengan China dan bersedia memperkukuh kerjasama dua hala.
Ujarnya Brazil komited memperkukuh penyelarasan dengan China dalam mekanisme multilateral termasuk BRICS, menentang tindakan buli sepihak, serta memelihara kepentingan bersama pelbagai negara.
- Wang Yi Adakan Perbualan Telefon Bersama Penasihat Kanan Khas Presiden Brazil
- Pusat Penyelidikan Kerjasama China-Brazil Dibuka di Rio de Janeiro
- Peng Liyuan dan Wanita Pertama Brazil Lawat NCPA
- Presiden Xi Adakan Rundingan dengan Presiden Brazil
- Presiden Brazil Lawat China Bermula Sabtu
- China, Brazil Ikrar Majukan Kerjasama 'BRICS Raya'
- Lagu ‘My Motherland’ Disusun Khas untuk Sambut Xi di Brazil
- China, Brazil Komited Perkasa Kerjasama Bilateral
- Xi, Lula Bertemu dengan Wartawan
- China, Brazil Naik Taraf Hubungan