Brazil Fail Aduan di WTO Berhubung Tarif Tinggi AS

(CRI)Selasa 12 Ogos 2025

Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada Isnin mengumumkan bahawa Brazil secara rasmi telah memulakan prosedur perundingan pertikaian terhadap Amerika Syarikat (AS) berhubung langkah tarif baharu yang dikenakan Washington, yang didakwa melanggar beberapa perjanjian perdagangan antarabangsa.

Langkah ini menyusul selepas perintah eksekutif bertarikh 30 Julai yang mengenakan tarif ad valorem sebanyak 40 peratus ke atas produk Brazil yang dieksport ke AS bermula 6 Ogos.

Jika digabungkan dengan dasar tarif terdahulu yang diperkenalkan pada April, kadar tarif keseluruhan ke atas kebanyakan produk Brazil termasuk daging, kopi, dan buah-buahan telah meningkat kepada 50 peratus.

Presiden Brazil, Lula da Silva pada 5 Ogos menyatakan bahawa Presiden AS tidak berhak untuk mengenakan tarif setinggi 50 peratus ke atas Brazil.

Beliau berkata kerajaan Brazil akan melindungi pekerja dan syarikat yang terjejas, dengan langkah pertama adalah memfailkan aduan kepada WTO bagi membela kepentingan negara.

Video

Berita Berkaitan