- Lain-lain
Tempat Kecil di China Lahirkan Industri Besar
Seorang juruteknik memeriksa keberkesanan suntikan mesin di sebuah barisan pengeluaran di sebuah kilang berus gigi di pekan Hangji, bandar Yangzhou, Provinsi Jiangsu di timur China. (People’s Daily Online/Gao Chao)
Penjana Berus Gigi di Jiangsu
Di sebuah kilang berus gigipintar di pekan Hangji, Yangzhou, Provinsi Jiangsu di timur China, hampir 200 robot automatik bekerja serentak, menyaksikan tangan mekanik masing-masing bergerak dengan tepat.
Dengan memperkenalkan robot pintar, barisan pengeluaran automatik dan sistem perisian yang dibangunkan secara bersama oleh perusahaan dan pasukan inovasi profesional, fasiliti tersebut telah mencapai pengeluaran, penstoran, pengangkutan, dan pemeriksaan yang automatik sepenuhnya, tanpa perlu pengantaraan manusia.
Itu adalah sekilas daripada penaiktarafan yang sedang giat dilakukan dalam industri berus gigi Hangji.
Hari ini, Hangji yang diiktiraf sebagai pangkalan pengeluaran berus gigi terbesar di dunia, merekodkan pengeluaran sebanyak 7.5 bilion berus gigi setiap tahun, dengan nilai output lebih daripada RMB13 bilion (sekitar AS$1.8 bilion). Ia secara tidak langsung meliputi lebih daripada 80 peratus bahagian pasaran domestik. Pekan itu menjual berus gigi kepada lebih daripada 80 negara dan wilayah. Secara globalnya, satu daripada tiga berus gigi adalah berasal dari pekan itu.
Perusahaan-perusahaan berus gigi terkemuka di pekan itu sedang berevolusi menjadi penyedia ‘solusi penjagaan oral sehenti’, memperluas kepelbagaian produk daripada berus gigi kepada flos gigi, berus antara gigi, dan ubat cuci mulut, yang seterusnya maju ke arah rantai industri penjagaan oral berskala penuh.
“Kami sedang mempercepat penaiktarafan dan kecerdasan digital, membantu syarikat kemudahan hotel dan berus gigi tradisional beralih ke arah industri kesihatan dan produk kimia harian atasan,” ujar Liu Rui, timbalan ketua pekan Hangji.
Pelindung skrin anda mungkin berasal dari Anhui
“Anda perlukan pelindung skrin? Kalis-privasi, kaca bajaan, hidrogel... Semuanya dibuat di sini – semua orang sukakannya!”
Itulah laungan penuh semangat seorang penjual jalanan di kaunti Taihu, Provinsi Anhui, timur China, ketika menyapa orang ramai yang lalu-lalang di situ.
Pelindung skrin telefon yang pelbagai jenis tersebut kesemuanya datang dari Taihu. Malah, pelindung skrin telefon hanyalah sebahagian kecil daripada industri bahan baharu filem fungsian kaunti itu.
Menjelang penghujung 2024, kaunti Taihu telah menghimpunkan 100 syarikat huluan dan hiliran dalam sektor itu, termasuk 36 perusahaan melebihi saiz yang ditetapkan industri. Nilai output perusahaan filem fungsian mencakupi lebih daripada 50 peratus output industri melebihi saiz yang ditetapkan, mencapai RMB4.53 bilion.
Dalam tempoh sedekad lalu, Jinzhang Technology yang berpangkalan di Shanghai telah memulakan operasi di Taihu, beralih dengan stabil daripada rantai industri bawahan kepada pertengahan dan atasan.
Hari ini, produknya meliputi filem fungsian buat perlindungan paparan telefon pintar, filem lapisan luar untuk skrin paparan baharu, dan filem optik utama dalam paparan. Berfungsi sebagai magnet industri, Jinzhang Technologi telah menarik banyak rakan dalam rantai industri ke kaunti itu.
Ketika ini, Taihu menempatkan tujuh syarikat ‘gergasi kecil’ bertaraf kebangsaan yang terdiri daripada PKS yang khusus dalam pasaran nic, serta dilengkapi dengan teknologi termaju dan potensi yang hebat – enam daripadanya tergolong dalam sektor bahan baharu filem fungsian.
Seorang pekerja sedang menyusun peralatan di Syarikat Shandong DHZ Fitness Equipment di kaunti Ningjin, Provinsi Shandong. (Xinhua/Zhu Zheng)
Rantai bekalan peralatan kecergasan lengkap di Shangdong
Di kaunti Ningjin, Provinsi Shandong, di timur China, kecergasan digital semakin menjadi tumpuan. Selepas log masuk, profil Li Chao, seorang pelanggan, terpapar dalam sistem pintar milik sebuah pengeluar peralatan kecergasan tempatan. Di ruang pengalaman pintar syarikat itu, Li mendaftar perkhidmatan gim 24 jam tanpa manusia. Berpandukan penilaian kecergasan fizikal, data seperti peratusan lemak badan dan jisim otot boleh dimuat naik secara langsung, seterusnya menjana pelan senaman yang diperibadikan serta-merta.
Liu Xinli, pengurus besar syarikat itu berkata bahawa peralatan pintar baharu tersebut yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat pemula teknologi China iaitu DeepSeek itu juga malah boleh menyelaraskan sudut latihan pengguna pada masa nyata.
Untuk rekod, Ningjin mempunyai 2,986 syarikat peralatan kecergasan, dengan produknya dijual kepada lebih 170 negara dan wilayah. Pada 2024, nilai tahunan industri peralatan kecergasan tempatan telah melangkaui RMB13.9 bilion.
Daripada plat keluli kepada produk siap, setiap langkah dalam pembuatan peralatan kecergasan boleh disiapkan di Ningjin.
Memanfaatkan kelebihannya dalam pembuatan mesin dan perkakasan, Ningjin telah membimbing perusahaan kecil dan mikro untuk menyediakan sokongan pengeluaran, menghimpunkan lebih daripada syarikat tambahan. Kadar penyumberan untuk bahan-bahan mentah dan peralatan melebihi 95 peratus.
Daripada pemerolehan bahan mentah, reka bentuk dan R&D, pengeluaran dan pemprosesan, kepada pembungkusan dan jualan – seunit peralatan kecergasan boleh disiapkan tanpa perlu meninggalkan kaunti itu, sekali gus memendekkan kitar R&D sebanyak 40 peratus, dan mengurangkan kos pengeluaran sebanyak 30 peratus.
Di kluster pengeluaran peralatan kecergasan Ningjin, semua syarikat yang melebihi saiz mempunyai platform R&D, termasuk lapan platform bertaraf provinsi atau lebih tinggi. Kesemua kluster industri memiliki lebih daripada 1,400 paten, termasuk 60 paten ciptaan.
Di serata kaunti, syarikat peralatan kecergasan telah melabur hampir RMB1.8 bilion dalam transformasi digital dan pintar, mendorong kecekapan pengeluaran purata sebanyak 200 peratus.
- “Ibu Kota Mainan” China Lengkapkan Taman Permainan Sedunia
- Skala Industri Pembuatan China Kekal Tangga Teratas di Dunia Selama 15 Tahun
- Pengeluaran Telefon Pintar China Meningkat 9.3% Pada 2024
- Industri Pembuatan Berteknologi Tinggi China Berkembang Pesat
- Perkasa Agenda Penaiktarafan Industri Automobil - PM Li Qiang
- Pameran Tetap Dibuka di Pusat Pameran Zhongguancun
- "Kesibukan" Perkilangan Pasca Cuti TBC 2024
- Bateri Buatan China Jadi Buruan di Pasaran Global
- Martabatkan Kemandirian Pupuk Barisan Jurutera yang Berkaliber -- Xi
- Sektor Perkilangan China Ungguli Carta Dunia 14 Tahun