Jepun Patut Buat Pilihan Betul -- Menteri Luar Wang Yi

(CRI)Sabtu 16 Ogos 2025

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar, Wang Yi membentangkan pendirian China tentang isu sejarah, dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri Luar Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) di Anning, provinsi Yunnan China, pada 15 Ogos.

Beliau berkata, pada hari sama lapan dekad lalu, Jepun yang kalah dalam Perang Dunia Kedua menerima Deklarasi Potsdam dan mengumumkan penyerahan diri tanpa syarat.

Siri dokumen antarabangsa termasuk Perisytiharan Kaherah dan Deklarasi Potsdam menetapkan tanggungjawab perang Jepun dan menuntut negara itu memulangkan wilayah yang didudukinya termasuk wilayah Taiwan kepada China.

Walau bagaimanapun, sehingga masa ini, masih terdapat kumpulan di Jepun memperindahkan perang dan menafikan tindakan pencerobohan, memesongkan dan memutarbelitkan sejarah malah membela semula penjenayah perang.

"Hanyalah memandang sejarah dengan betul, barulah dapat memperoleh penghormatan dari negara lain. Hanyalah mengambil iktibar dari sejarah, barulah dapat mencipta masa depan. Hanyalah mengingat akan sejarah, barulah dapat mengelakkan daripada terjerumus kembali ke jalan yang salah.

"Jepun patut membuat pilihan yang betul," kata Wang Yi.

Video

Berita Berkaitan