China Siar Laporan mengenai Pencabulan Hak Asasi di AS

(CRI)Isnin 18 Ogos 2025

Pejabat Penerangan Dewan Negara China pada Ahad menyiarkan laporan mengenai pencabulan hak asasi manusia di Amerika Syarikat (AS) bagi tahun 2024.

Menurut laporan itu, di bawah gabungan kuasa dan modal, hak asasi di AS diputarbelitkan sehingga menjadi alat dalam 'pertunjukan' politik serta cip tawar-menawar dalam 'kasino' kuasa, sekali gus menyimpang daripada nilai teras dan prinsip asas hak asasi manusia.

Laporan berkenaan menyebut, tahun 2024 merupakan tahun yang amat penting bagi rakyat AS melaksanakan hak mereka semasa pilihan raya Presiden.

Namun begitu, tahun tersebut menyaksikan politik AS dikawal oleh kuasa wang dan sistem kehakiman pula dicemari politik.

Peraturan pilihan raya juga menindas pengundi sehingga menyebabkan majoriti rakyat AS berasa sangat kecewa dengan sistem demokrasi negara itu.

Video

Berita Berkaitan