Projek Penghantaran Kuasa Xinjiang ke Chongqing Hantar Lebih 4.7 bilion kWh

Projek Penghantaran Kuasa Xinjiang ke Chongqing Hantar Lebih 4.7 bilion kWh
Foto memperlihatkan stesen penukar Barkol projek penghantaran kuasa Hami-Chongqing arus terus voltan ultra tinggi ±800 kilovolt (UHV DC), titik permulaan program penghantaran kuasa Xinjiang ke Chongqing, China. (People’s Daily Online/Li Xinyang)

Untuk menghantar elektrik sejauh 2260 kilometer dari kaunti Barkol di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China ke Perbandaran Chongqing, barat daya China, jumlah masa yang hanya diperlukan adalah tujuh saat sahaja.

Stesen penukar Barkol projek penghantaran kuasa Hami-Chongqing arus terus voltan ultra tinggi ±800 kilovolt (UHV DC) merupakan stesen akhir bagi program penghantaran kuasa Xinjiang ke Chongqing di China, yang memulakan operasinya pada 10 Jun lalu. Menjelang 10 Ogos, projek tersebut telah menghantar 4.7 bilion kilowatt-jam (kWh) elektrik ke Chongqing secara keseluruhannya.

Tenaga baharu menyumbang sebanyak 71.8 peratus daripada bekalan kuasa sokongan keseluruhan projek itu. Ia boleh menghantar 36 bilion kWh elektrik ke Chongqing setiap tahun, meliputi lebih daripada 20 peratus daripada penggunaan elektrik Chongqing.

Elektrik tersebut yang dihantar itu adalah bersamaan dengan mengurangkan penggunaan arang perbandaran itu sebanyak 12 juta tan, selain mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 32 juta tan.

Foto menunjukkan stesen penukar Barkol projek penghantaran kuasa Hami-Chongqing arus terus voltan ultra tinggi ±800 kilovolt (UHV DC). (People’s Daily Online/Li Xinyang)
Foto mempamerkan stesen penukar Barkol projek penghantaran kuasa Hami-Chongqing arus terus voltan ultra tinggi ±800 kilovolt (UHV DC). (People’s Daily Online/Li Xinyang)
Sejumlah besar menara besi berwarna perak berdiri utuh di tanah gersang nan luas. ‘Jalan sutera cerah’ itu merekodkan panjang sehingga 2260 kilometer untuk menghantar elektrik dari Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China ke Perbandaran Chongqing di barat daya China. (People’s Daily Online/Li Xinyang)
Foto memperlihatkan stesen penukar Barkol projek penghantaran kuasa Hami-Chongqing arus terus voltan ultra tinggi ±800 kilovolt (UHV DC). (People’s Daily Online/Tang Song)
Stesen penukar Barkol projek penghantaran kuasa Hami-Chongqing arus terus voltan ultra tinggi ±800 kilovolt (UHV DC) merupakan stesen akhir program penghantaran kuasa Xinjiang ke Chongqing China. (People’s Daily Online/Tang Song)
Di bilik kawalan utama stesen penukar Barkol projek penghantaran kuasa Hami-Chongqing arus terus voltan ultra tinggi ±800 kilovolt (UHV DC), pengoperasi sedang memantau rapi operasi fasiliti. (People’s Daily Online/Tang Song)

Video

Berita Berkaitan