Trump, Putin Bertemu di Alaska

(CRI)Sabtu 16 Ogos 2025

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bertemu dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin di Pangkalan Tentera Udara Elmendorf di Anchorage, Alaska pada Jumaat.

Ini bukan sahaja pertermuan bersemuka kali pertama antara pemimpin kedua-dua kuasa besar itu dalam tempoh empat tahun lalu, tetapi juga pertemuan pertama antara Trump dengan Putin sejak tahun 2019. Ia juga lawatan sulung pemimpin Rusia ke AS dalam tempoh sepuluh tahun.

Menurut Putin, hubungan langsung dan baik dengan Trump telah dijalin. Beliau melihat keinginan Trump untuk memahami hakikat konflik. Rusia berharap dapat menghentikan konflik dengan Ukraine.

Trump pula menyifatkan pertemuan dengan Putin sebagai "sangat berhasil" berikutan mereka mencapai persepakatan dalam banyak perkara, selain beberapa masalah masih belum dirungkai.

Video

Berita Berkaitan