- Lain-lain
Mesyuarat Menteri Luar ke-10 LMC Diadakan di Yunnan
Pembinaan komuniti berkongsi nasib negara-negara Lancang-Mekong diperkasakan dengan berefesien. Ia bukan sahaja membawa keuntungan kepada rakyat di enam negara terlibat, malah juga menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran serantau.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi ketika mempengerusikan Mesyuarat Menteri Luar ke-10 Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) di bandar Anning, provinsi Yunnan pada Jumaat.
Menurut beliau, LMC merupakan mekanisme kolaborasi serantau yang berteraskan perundingan dan pembinaan bersama demi kebaikan semua pihak. Sejak dibina sepuluh tahun dahulu, mekanisme tersebut telah membuahkan hasil menggalakkan.
Para peserta menyanjung tinggi pencapaian kerjasama LMC dalam tempoh sepuluh tahun lalu, di samping memuji China yang bersahabat dengan negara-negara jiran dan memainkan peranan pimpinan penting dalam mendorong kerjasama serantau.
Para peserta juga bersependapat bahawa kerjasama itu amat berefesien dan pragmatik, menggalakkan perkembangan sosioekonomi negara-negara terlibat, mendorong integrasi ekonomi serantau yang memberikan manfaat kepada rakyat pelbagai negara.
Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Luar Thailand Maris Sangiampongsa, Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja Prak Sokhonn, Menteri Luar Laos Thongsavanh Phomvihane, Menteri Luar Myanmar U Than Swe, dan Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam Bui Thanh Son.
- Wang Yi akan Pengerusikan Mesyuarat Menteri Luar ke-10 LMC
- China, Myanmar Tandatangani Perjanjian Projek Dana Khas Kerjasama Lancang-Mekong 2025
- Rondaan Bersama Kali ke-155 di Sungai Mekong Bermula
- Rondaan Bersama ke-150 di Sungai Mekong Berakhir
- Enam Negara Komited Pelihara Keselamatan Subrantau Lancang-Mekong
- China akan Beri “Visa Lancang-Mekong” kepada Pengembara dari Lima Negara
- PM Li Syor Perkasa Kolaborasi GMS
- PM Li Qiang akan Hadir Sidang Kemuncak GMS Ke-8
- Rondaan Bersama Sungai Mekong ke-144 Berakhir dengan Jayanya
- Beijing Anjur Aktiviti Pertingkat Pertukaran Seni Budaya Rantau Lancang-Mekong