Surat Buat Keluarga: Zhang Zizhong Berbakti kepada Tanah Air

(CRI)Selasa 19 Ogos 2025

Zhang Zizhong, pegawai ketenteraan yang pangkatnya tertinggi di China yang terkorban dalam Perang Menentang Pencerobohan Jepun, dan juga pegawai tentera yang pangkatnya tertinggi di negera-negara bersekutu Anti-Fasis yang gugur semasa Perang Dunia Kedua.

Pada saat bermula perang menentang pencerobohan Jepun di peringkat kebangsaan, Zhang yang bersemangat tinggi dalam pertempuran di medan perang sudah pun mempunyai keazaman untuk “menyumbangkan jiwa demi tanah air”. Setiap kali sebelum bertolak ke medan pertempuran, beliau sudah biasa menulis sepucuk surat sebagai "salam terakhir" buat keluarganya, dan jika pulang dengan selamat, akan mengoyakkannya.

Pada bulan Mei 1940, tentera China bertempur dengan satu pasukan Jepun yang terdiri daripada seramai 150,000 orang di provinsi Hubei. Zhang Xizhong dan pasukan sisanya yang hanya berjumlah lebih 1,500 orang askar sahaja dikepung oleh lebih 5,000 askar Jepun setelah mengalami pertempuran yang sengit selama beberapa hari, tetap menyemarakkan semangat gigih dalam perjuangan dan sehingga saat terakhir pun tidak menyerah. Pada 16 Mei, Zhang terkena beberapa tembakan, kemudian ditikam bertubi-tubi oleh tentera Jepun, dan akhirnya gugur pada usia 49 tahun.

Di ambang pertempuran itu, beliau pernah meninggalkan dua pucuk surat. Salah satunya untuk ditujukkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang dianggapnya seperti saudara. Dalam surat itu, Zhang berkata, “Saya sama sekali tidak berganjak dari keazaman yang terukir pada hati demi berbakti kepada bangsa dan negara, walau pada bila-bila masa pun. Semoga kita bersama-sama berpegang teguh pada sumpah ini.”

Video

Berita Berkaitan