Modi Terima Kunjungan Wang Yi di New Delhi

(CRI)Rabu 20 Ogos 2025

Perdana Menteri India Narendra Modi menerima kunjungan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Pusat, Wang Yi di New Delhi pada Selasa.

Modi menyifatkan hubungan India-China sebagai rakan kongsi dan bukan pesaing, memandangkan kedua-dua negara mempunyai matlamat yang sama dalam mempercepat proses pembangunan.

Beliau berkata India dan China perlu mengukuhkan pertukaran selain meningkatkan persefahaman dan meluaskan kerjasama antara kedua-dua negara, serta mengurus isu sempadan sebaiknya.

Modi turut menyeru agar kedua-dua pihak melihat hubungan bilateral yang telah terjalin dari perspektif jangka panjang, sambil menambah kerjasama India-China amat penting dalam melakar 'abad Asia'.

Sementara itu, Wang menegaskan bahawa dalam situasi antarabangsa dewasa ini, kepentingan strategik hubungan China-India semakin menonjol dan nilai strategik kerjasama kedua-dua negara juga semakin terserlah.

Menurut beliau, kedua-dua pihak akan melaksanakan konsensus antara pemimpin serta memperkasa kerjasama dan pertukaran dalam pelbagai bidang.

Ini termasuk memantapkan lagi hubungan bilateral sehingga memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara sekali gus menyumbang kepada kemajuan manusia sejagat.

Video

Berita Berkaitan