- Lain-lain
PM Afghanistan Terima Kunjungan Wang Yi di Kabul
Perdana Menteri Afghanistan, Mullah Mohammad Hassan Akhund menerima kunjungan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar, Wang Yi di Kabul pada Rabu.
Akhund berkata China merupakan sebuah kuasa dunia yang adil selain menghargai usaha pentadbiran Beijing yang komited menjalin kerjasama muhibah dengan Afghanistan dan negara-negara lain, serta sentiasa mendorong pembangunan dan kemajuan bersama.
Ujarnya kerajaan Afghanistan akan sedaya upaya menangani sebarang masalah yang timbul, meningkatkan aspek pembangunan dan menambah baik kesejahteraan rakyat, serta tidak menimbulkan masalah kepada negara lain.
Akhund turut menyatakan keinginan untuk memperkasa kerjasama dengan China, mengembangkan hubungan persahabatan yang positif dan mampan antara kedua-dua pihak, dan tidak membenarkan mana-mana kuasa mengancam China melalui wilayah-wilayah di Afghanistan.
Sementara itu, Wang berkata China berpegang kepada prinsip tidak mencampuri urusan dalaman negara lain, menghormati pilihan rakyat Afghanistan dan tradisi budaya masyarakat tempatan serta model tadbir urus yang dibina berdasarkan keadaan negara itu.
Tegasnya, China tetap berdiri bersama Afghanistan dalam mengekalkan kemandirian dan mencapai pembangunan negara.
China sentiasa menjunjung kesamarataan antara negara besar dan negara kecil, serta menentang amalan pihak yang kuat membuli yang lemah atau yang besar menindas yang kecil.
Semua negara harus melayan satu sama lain secara sama rata dan bekerjasama untuk manfaat bersama, tambah beliau.
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Keindahan Musim: Permulaan Musim Luruh
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
Menjejak “Elemen Chengdu” di Kedai Rasmi TWG2025
Berbasikal Keliling Chengdu Pada Malam Pertengahan Musim Panas
- Majlis Penyerahan Vaksin China-Afghanistan Berlangsung di Kabul
- China Serah Barang Bantuan kepada Afghanistan
- China, Afghanistan, Pakistan Sambung Semula Mekanisme Kerjasama Trilateral
- Qin Gang Hadiri Sidang Menteri Luar Negara Jiran Afghanistan
- Qin Gang Bakal Hadiri Mesyuarat Menteri Luar Negara-negara Jiran Afghanistan Keempat