- Lain-lain
Tentera Israel Lancar Serangan Udara dengan Sasaran Tentera Houthi Yaman
Tentera Israel melancarkan serangan udara ke kawasan Sanaa, ibu negara Yaman dengan menyasarkan tentera Houthi pada Ahad.
Berdasarkan maklumat awal dari jabatan perubatan tempatan kepada wartawan Agensi Berita Xinhua, serangan udara Israel itu mengakibatkan sekurang-kurangnya dua maut manakala lima lagi cedera.
Tentera Israel dalam kenyataan pula memaklumkan sasaran serangan berkenaan meliputi pangkalan ketenteraan yang menempatkan pejabat presiden, sebuah loji janakuasa serta stor simpanan bahan api dan kemudahan yang digunakan Houthi untuk tindakan ketenteraan.
Tentera Israel juga berikrar akan melancarkan serangan balas terhadap sebarang tindakan ketenteraan Houthi selain berazam untuk terus menghapuskan sebarang ancaman yang menyasarkan rakyat Israel.
Menurut stesen TV Masira Yaman yang dikuasai Houthi pada Ahad, beberapa lokasi di Sanaa telah menjadi sasaran dalam serangan udara tentera Israel termasuk syarikat petroleum dan kemudahan loji janakuasa yang masing-masing terletak di kawasan tengah, selatan dan barat daya bandar itu.
- Rakyat Israel Protes Tuntut Kerajaan Tamatkan Perang di Gaza
- China Kecam Serangan Israel terhadap Syria
- Amerika Syarikat Dalang Disebalik Krisis Nuklear Iran
- China Kutuk Serangan Israel terhadap Iran
- Ketua Komander IRGC Terkorban dalam Serangan Udara Israel
- Sebarang Rundingan akan Berlangsung Tanpa Gencatan Senjata - PM Israel
- Israel akan Fail Rayuan Berhubung Waran Tangkap ICC
- 3,287 Maut Konflik Lubnan-Israel
- Ketua PBB Kecewa Israel Hapuskan Harapan "Penyelesaian Dua Negara"
- Columbia Usir Duta Israel