- Lain-lain
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Sanjiangyuan, Sumber Tiga Sungai yang Terus Mengalir
Tahun ini, genap 20 tahun konsep "air yang jernih dan gunung yang hijau ibarat gunung emas dan perak" diperkenalkan.
Salah satu manifestasi konsep ini dapat dilihat di selatan Provinsi Qinghai yang terletak di tengah-tengah Dataran Tinggi Qinghai-Xizang, iaitu tempat bermulanya perjalanan Sungai Yangtze, Sungai Kuning dan Sungai Lancang menuju ke laut. Kawasan ini dikenali sebagai Sanjiangyuan (Sumber Tiga Sungai), dan digelar "Menara Air China."
Ketika Presiden China, Xi Jinping melakukan tinjauan ke Provinsi Qinghai, beliau menegaskan bahawa pemuliharaan ekosistem di Qinghai amat penting bagi negara.
Beliau turut menzahirkan harapan agar konsep "air yang jernih dan gunung yang hijau ibarat gunung emas dan perak" dapat terus diperkukuh dan perlindungan ekologi terhadap "Kutub Ketiga Bumi" (iaitu Dataran Tinggi Qinghai-Xizang) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Melalui penerokaan perintis dan pelaksanaan praktikal selama bertahun-tahun, Taman Negara Sanjiangyuan telah mencapai keseimbangan yang harmoni antara pemuliharaan ekologi, pembangunan hijau dan kesejahteraan rakyat, sambil terus memelihara tanah nan murni itu.
Hari ini, kawasan tersebut menampilkan sungai yang jernih, gunung yang menghijau, dan biodiversiti yang kaya; manakala, penduduk tempatan pula menikmati kehidupan yang aman dan makmur.
- Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
- Bagaimana menempuh jalan kebangkitan desa di Fujian? Berikut petikan ucapan Xi Jinping
- Presiden Xi Tekankan Peri Penting Pemeliharaan Warisan Alam Semula Jadi dan Kebudayaan di Fujian
- Kisah Xi Jinping dengan Teh Fujian
- Kisah Xi | Budaya Tersendiri Modal Kampung Etnik Dong Jana Kemakmuran
- Kisah Hadiah kepada Xi: No. 2911 Bonnie Drive
- Jersi No. 8 Khas Buat Presiden Xi
- Perhatian Xi pada Pertanian
- Kisah Xi | Pemuliharaan Ekologi Bantu Jana Rezeki di Kampung Changkou
- Buku Petikan Wacana Xi mengenai Keselamatan Tenaga Diterbitkan