Tinjauan CGTN: Pertahan Hasil Kemenangan WWII Jadi Konsensus Bersama

(CRI)Selasa 26 Ogos 2025

Mempertahankan hasil kemenangan Perang Dunia II (WWII) dan orde antarabangsa pasca perang menjadi konsensus bersama.

Satu tinjauan membabitkan 11,913 responden dari 40 negara yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati 62.1 peratus responden berpendapat bahawa mempertahankan hasil kemenangan WWII adalah asas penting demi memelihara orde antarabangsa pasca perang.

Dalam pada itu, majoriti responden dari 39 negara terlibat bersetuju dengan pendapat tersebut.

Dapatan tinjauan turut menunjukkan dalam kalangan negara Selatan Global, responden dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kenya, Rusia, Mexico, Serbia, Tanzania dan Turkiye mencatat tahap ketidakpuasan tertinggi dengan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menjejaskan orde antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan