- Lain-lain
Mainan Plush Sumbang RMB7.5 Bilion Untuk Bandar Tersorok Jauh di Pergunungan Shaanxi
![]() |
Seorang wartawan asing mengambil foto di sebuah kilang mainan plush di Ankang, Provinsi Shaanxi, barat laut China. (Foto oleh Li Zhiqiang) |
Sektor mainan plush sedang bertumbuh menjadi industri yang berkembang mekar di bandar Ankang, Provinsi Shaanxi, dengan terdapatnya lebih daripada 800 pengeluar mainan plush yang menjana output tahunan bernilai lebih RMB7.5 bilion (sekitar AS$1.04 bilion).
Terpelosok jauh di dalam pergunungan Qinba, Ankang telah membangunkan satu industri mainan plush yang mesra alam dengan buruh yang intensif.
Di bengkel milik sebuah syarikat mainan plush di kaunti Hanyin, Ankang, para pekerja bergerak merentasi setiap fasa pengeluaran, menghasilkan haiwan plush yang mirip dengan yang sebenar. Tidak lama selepas itu, mainan itu dipamerkan di kedai-kedai di taman hidupan liar utama sekitar China dan serata dunia.
“70 peratus mainan plush kami dan mainan kartun dieksport ke lebih daripada 40 negara dan wilayah,” kata Long Wu, pengurus besar syarikat itu.
Berasal dari bandar Dongguan, Provinsi Guangdong, di selatan China, Long telah mengenal pasti potensi industri mainan plush Ankang dan membuat keputusan untuk melabur pada 2019.
Katanya, daripada pengubahsuaian kilang dan insentif industri kepada pengambilan kerja dan sokongan latihan, dasar-dasar tempatan telah menyuntik keyakinan yang utuh buatnya untuk memulakan perniagaan.
Hari ini, Long mengoperasikan empat syarikat dan 36 kilang komuniti di Ankang yang menghasilkan lebih daripada 100,000 mainan plush setiap hari. Pengoperasiannya kini menjana lebih daripada RMB200 juta dalam output tahunan dan menyediakan peluang pekerjaan buat lebih daripada 2,600 orang.
Sejak syarikat plush pertama diperkenal pada 2017, Ankang telah memperkukuh sokongan dasar, menambah baik kemudahan industri, dan menarik sejumlah besar syarikat terkemuka. Kilang-kilang komuniti juga telah bertumbuh. Untuk mendorong lagi industri tersebut, bandar itu telah menubuhkan lima hab istimewa untuk reka bentuk, borong bahan mentah, pameran dan pengeluaran produk, e-dagang serta logistik, sekali gus membina kluster industri.
Gao Guanglan, 38, pekerja di sebuah kilang mainan plush, telah berpindah dari sebuah kampung yang jauh di pergunungan Qinba bersama-sama keluarganya pada 2012, namun agak sukar mencari pekerjaan stabil pada ketika itu.
Model pembangunan industri mainan di bandar itu yang menyepadukan syarikat, kilang komuniti dan bengkel keluarga telah membuka peluang baharu buatnya.
Apabila sebuah syarikat mainan plush membuka kilang di kejiranannya pada 2021, Gao merupakan antara yang pertama untuk memohon pekerjaan. Dia kini telah menjadi seorang pekerja mahir yang mampu menjana pendapatan lebih daripada RMB4,000 setiap bulan.
Kini di Ankang, ramai orang yang berpindah seperti Gao sedang membina kehidupan yang lebih baik dengan kemahiran yang dimiliki masing-masing.
Ankang telah menjadi tuan rumah kepada satu pertandingan reka bentuk kreatif mainan plush antarabangsa sejak 2019, yang secara tidak langsung menyediakan sebuah platform untuk pertukaran bakat dan inovasi. Difahamkan, banyak rekaan yang berjaya diangkat sebagai pemenang, telah dijadikan sebagai produk, dengan sebahagian daripadanya laris dijual.
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
- Industri Ringan Pamer Prestasi Kukuh Empat Bulan Pertama 2025
- Meski Tanpa Salji, Gaoqiao Berjaya Jadi Hab But Salji Global
- Keuntungan Perusahaan Industri Ringan Melebihi RMB1.32 Trilion
- Industri Pakaian Renang Berkembang di Xingcheng
- Industri Ringan China Kekal Momentum Pemulihan
- Shenzhen, Pengeluar 42% Jam Tangan Global