- Lain-lain
Suasana Lewat Malam Nan Meriah Jelas Terasa di Muzium Shanghai
Pelawat sedang beratur menunggu giliran untuk memasuki Muzium Shanghai. (Foto oleh Wang Chu)
Pada tengah malam 16 Ogos, tatkala kebanyakan penduduk di Shanghai sedang lena dibuai mimpi, plaza di pintu selatan Muzium Shanghai di People’s Square semakin dibanjiri dengan lebih ramai orang.
Sebarisan pelawat beratur panjang di dataran itu. Terdapat sebahagian daripada mereka yang baru tiba di bandar itu dengan bagasi masing-masing, turut menyertai orang ramai yang berkerumun ke arah pintu masuk muzium.
Sejak pembukaannya pada 19 Julai tahun lalu, pameran bertajuk ‘Di Puncak Piramid: Peradaban Mesir Purba’ telah berlanjutan selama 13 bulan dengan momentum yang tidak pernah luntur.
Pada minggu terakhirnya, muzium tersebut memperkenalkan jadual yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, iaitu pembukaan selama tujuh hari berturut-turut dan tidak ditutup sepanjang hari, atau 168 jam secara keseluruhannya. Setiap malam, 3,000 tiket lewat malam istimewa dari pukul 10 malam hingga 6 pagi telah dikeluarkan secara dalam talian, dan laris dijual dalam hanya beberapa minit sahaja.
Pameran tersebut berjaya menarik kehadiran 2.77 juta pengunjung, sekali gus memperbaharui rekod dunia bagi kedatangan pameran istimewa berbayar tunggal di mana-mana muzium.
“Kami menyasarkan populariti, tapi tidak pernah menyangka bahawa pe rmintaan akan melebihi kapasiti untuk lebih setahun,” ujar Chu Xiaobo, pengarah Muzium Shanghai. Bagi menjamin kualiti pengalaman pengunjung, muzium tersebut menganjak waktu tutupnya kepada 9 malam pada musim kemuncak, selain menambah sesi istimewa dan 220 malam lagi.
“Ini adalah kunjungan kelapan saya. Koleksi yang begitu kaya di sini memberikan pandangan yang baharu (pada setiap kali kunjungan),” kongsi seorang pengunjung, Li Bo yang kelihatan penuh ceria.
Li Feng, pengarah eksekutif pasuka petugas pembangunan berkualiti tinggi muzium itu berkata bahawa, sejak dari awal, mereka mempunyai matlamat yang jelas iaitu muzium tersebut perlu menganjurkan acara bertaraf dunia berimpak global sekiranya ia mahu mengenakan bayaran untuk pameran istimewa.
Menurut pandangannya, impak bergantung kepada kaliber sesuatu artifak dan standard kurasi.
Pengunjung melawat pameran bertajuk, ‘Di Puncak Piramid: Peradaban Mesir Purba’. (Foto oleh Wang Chu)
Cita-cita tersebut jelas terpapar sejak permulaan projek, iaitu apabila sebuah pesawat sewa khas dari tebing Nil ke Shanghai, membawa 788 dokumen dan artifak Mesir purba yang diatur kepada 492 kumpulan dalam 91 tong.
Dianjurkan secara bersama oleh Muzium Shanghai dan Majlis Tertinggi Barang Purba Mesir, pameran itu telah memperlihatkan artifak dengan jumlah terbesar pernah dipamerkan di Asia. Dipilih daripada tujuh muzium utama di Mesir, termasuk Muzium Besar Mesir, Muzium Luxor, dan Muzium Suez, koleksi tersebut turut menampilkan penemuan terkini daripada pasukan arkeologi China-Mesir.
Menariknya, lebih daripada 95 peratus artifak buat pertama kalinya dilihat di Asia, dan beberapa penemuan dari Saqqara telah membuat kemunculan sulung global di Shanghai.
Di dalam galeri bertemakan ‘The Age of Tutankhamun’, dinding diwarnakan biru dan kuning, melambangkan pertembungan antara lautan dan padang pasir, yang menghasilkan kesan visual yang ceria. Para pengunjung mengerumuni sekitar arca gergasi Akhenaten, iaitu salah satu tarikan utama pameran itu.
Pada musim panas lalu, muzium tersebut telah melengkapkan pameran dengan sepuluh acara ‘Fantastic Night’, malah turut membenarkan pengunjung membawa kucing masing-masing. Pada pembukaan maraton selama 168 jam tahun ini juga menampilkan dua malam bergaya karnival, dengan terdapatnya teater muzikal, akrobatik, tarian tradisional dan dram Mesir.
Pelawat membeli produk kreatif dan budaya bertema seiring dengan pameran ‘Di Puncak Piramid, Peradaban Mesir Purba’ di Muzium Shanghai. (Foto oleh Chen Yuyu)
Pengaruh pameran tersebut telah menjana kesan riak terhadap ekonomi dan budaya yang tidak hanya berlegar di dalam muzium, tetapi juga di luar muzium.
Dalam produk kebudayaan misalnya, muzium tersebut telah membangunkan lebih daripada 1,200 produk kreatif dan budaya, menyaksikan lebih daripada 3 juta barangan terjual. Malah, hampir 500 acara yang berkaitan juga telah menarik hampir 300,000 peserta.
Bagi kolaborasi rentas sektor pula, muzium itu telah membina ekosistem kebudayaan yang sepenuhnya di sekitar pameran, termasuk pelayaran bertema, bas ulang-alik yang dihiasi dengan motif-motif Mesir, selain turut mengecat jet dengan nama dan logo Muzium Shanghai. Inisiatif bersama dengan daerah-daerah komersial dan perusahaan telah membantu untuk menyepadukan budaya, pelancongan, perniagaan, dan pengalaman sukan, sekali gus melipat ganda impak pameran di serata sektor hiburan, hospitaliti dan runcit tempatan.
Pada petang 17 Ogos, setelah hampir 400 siang dan malam, pameran mercu tanda itu hampir melabuhkan tirainya. Namun, dialog muzium itu dengan peradaban dunia masih berterusan. Didorong oleh semangat keterbukaan dan keterangkuman, Muzium Shanghai akan terus meniti masa depan dengan pertukaran budaya global, dan pastinya lebih banyak pameran yang sedemikian akan dianjurkan lagi.
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
- 7,046 Muzium Terdaftar di China, 91.46% Percuma
- Teroka Tinggalan Dinasti Shang di Muzium Yinxu
- Shanghai Terima 326 Juta Pelancong pada 2023
- Syarikat Shanghai Sempurnakan Penghantaran Pertama 'Teksi Udara' di Dunia
- Shanghai Terima Kunjungan Pelancong Asing Berjumlah Besar
- Pusat Kebudayaan dan Seni Baharu Dibuka di Kawasan Teluk Besar
- Muzium China Terima 1.29 Bilion Pelawat pada 2023
- Muzium China Permudah Akses Untuk Pelawat Pada Musim Panas
- Muzium Makam Bawah Tanah Jalan Sutera Purba Dibuka di Xinjiang
- Muzium China Hasilkan Produk Kreatif, Tarik Pengunjung Muda
- Pembaharuan Keinstitusian Pacu Pertumbuhan FTZ Shanghai
- Shanghai Sambut Pelancong dari Kapal Persiaran Mewah
- Shanghai Perkenal Kad Perjalanan Prabayar, Permudah Pelancong Masuk
- Pusat Shanghai IMF Ditubuhkan
- Perdagangan Luar Shanghai Catat Rekod Tertinggi Baharu
- Disneyland Shanghai Bakal Miliki Tarikan Utama Marvel yang Pertama
- Xi Galak Penduduk Shanghai Bersinergi Bina Bandar Harmoni
- Shanghai Kekal Kedudukan Tangga Ketiga Sebagai Hab Teknologi Kewangan Global
- Xi Mahu Shanghai Muncul sebagai Pusat Inovasi Sains dan Teknologi Dunia
- Shanghai Paling Rancak dalam Menarik Pelaburan Asing