- Lain-lain
China Tolak Penyertaan dalam Rundingan Tiga Pihak Mengenai Pelucutan Senjata Nuklear
Permintaan agar China mengambil bahagian dalam rundingan pelucutan senjata nuklear tiga pihak dengan Amerika Syarikat (AS) dan Rusia adalah "tidak realistik dan tidak munasabah".
Demikian tegas jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media pada Rabu sebagai respon terhadap kenyataan Presiden Donald Trump baru-baru ini mengenai perbincangan AS dan Rusia mengenai pelucutan senjata nuklear dan pada masa sama berharap China turut mengambil bahagian dalam proses tersebut.
Mengulas lanjut, Guo berkata kekuatan nuklear China sama sekali tidak berada pada tahap yang sama dengan AS, malah dasar nuklear dan persekitaran keselamatan strategik kedua-dua negara juga berbeza.
Katanya, China sentiasa memastikan kekuatan nuklear pada tahap minimum bagi tujuan keselamatan negara sahaja, dan tidak pernah terlibat dalam sebarang perlumbaan senjata dengan mana-mana negara.
Guo menambah, China berpegang teguh kepada dasar untuk tidak menggunakan senjata nuklear terlebih dulu, sebaliknya kekuatan dan dasar nuklear China adalah demi keamanan dunia.
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
- Bela Hak Penggunaan Damai Sambil Perangi Pencambahan WMD - Wakil China
- AS, Pencipta Risiko Strategi Ancaman Nuklear Terbesar di Dunia
- China Seru Gazetkan Zon Bebas Senjata Nuklear di Asia Barat
- China Bersedia Dorong Pelucutan Senjata Nuklear
- China Teguh Membela Sistem Kawalan Senjata Nuklear Antarabangsa
- AS, Korea Selatan Dikutuk Tempatkan Senjata Nuklear di Semenanjung