- Lain-lain
Tinjauan CGTN: Majoriti Responden Anggap SCO Option Baharu bagi Tadbir Urus Serantau
Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) akan mengadakan satu sidang kemuncak terbesar dalam sejarahnya di bandar Tianjin esok.
Satu tinjauan pendapat awam yang dijalankan oleh CGTN melibatkan penyertaan 8,873 responden di 38 buah negara menunjukkan bahawa kebanyakan responden memberikan penilaian positif terhadap pencapaian kerjasama SCO serta sumbangan penting diberikan China. "Semangat Shanghai" telah mendapat pengiktirafan yang meluas.
Sebanyak 91.7 peratus responden mengakui peranan positif dimainkan SCO bagi pembangunan ekonomi di setiap negara anggotanya. Manakala, 89.2 peratus percaya bahawa pelaksanaan siri projek kerjasama dalam SCO kondusif bgai merealisasikan pembinaan infrastruktur dan kesalinghubungan antara wilayah terbabit. Sementara itu, 83.7 peratus berpendapat bahawa SCO mendorong penjelasan mata wang tempatan antara negara-negara serantau, yang dilihat boleh membantu mengurangkan kebergantungan terhadap sistem ekonomi Barat. Terdapat 83.7 peratus lagi memberikan penilaian positif terhadap peranan aktif SCO dalam melindungi keselamatan di wilayah-wilayah berkenaan. Ada 78.7 peratus lagi menyanjung tinggi usaha SCO dalam memerangi kegiatan pengganas, ekstremis dan pemisah.
Dalam tinjauan tersebut, 91.4 peratus responden dari negara anggota SCO telah memberikan maklum balas positif terhadap pencapaian China dalam mendorong kerjasama antara negara anggota SCO dalam bidang melindungi keselamatan dan mendorong pembangunan ekonomi serantau.
Sejak ditubuhkan, SCO sentiasa memegang "Semangat Shanghai" yang berlandaskan "kepercayaan bersama, manfaat bersama, kesaksamaan, rundingan, menghormati kepelbagaian tamadun dan mengejar pembangunan bersama".
Dalam tinjauan tersebut, 86.8 peratus responden percaya bahawa "Semangat Shanghai" boleh dilihat sebagai satu option baharu yang tidak berdasarkan kuasa kuat atau konfrontasi, bagi tadbir urus di suatu wilayah dalam landskap dunia multipolar.
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
- Pameran Kolaboratif Warisan Kebudayaan Negara SCO Buka Tirai di Beijing
- Perdagangan China-Negara SCO Melebihi Separuh Trilion Dolar AS Pada 2024
- Dedikasi China Selaku Pengerusi Bergilir SCO Dihargai
- Buah-buahan China Semakin Popular di Negara SCO
- Dagangan Zon Demonstrasi China-SCO dengan Anggota SCO Naik 26.1 Peratus dalam Tujuh Bulan Pertama 2025