- Lain-lain
Pelaburan Industri Lebihi RMB150 Bilion dalam Pelaksanaan Projek Rintis SCO di Qingdao
Pencapaian inovasi dianggarkan berjumlah 125 item, sedangkan kelulusan pelaburan industri bernilai lebih RMB150 bilion (RM88.88 bilion) dalam pelaksanaan projek rintis di Zon Kolaborasi Ekonomi dan Perdagangan Tempatan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), sejak ia ditubuhkan pada enam tahun yang lalu.
Menurut satu taklimat Sidang Kemuncak SCO 2025 bagi kemajuan di provinsi Shandong pada Jumaat, Zon Kolaborasi Ekonomi dan Perdagangan Tempatan SCO yang terletak di bandar Qingdao provinsi Shandong itu berperanan sebagai satu enjin bagi meningkatkan tahap keterbukaan kepada luar melalui pelaksanaan projek rintis, dengan menyasarkan pelbagai negara anggota blok tersebut.
Dewasa ini, terdapat 42 laluan laut dan 223 laluan udara yang menyambungkan Qingdao dengan negara anggota SCO, manakala terdapat lebih 4,600 larian Kereta Api China-Eropah yang beroperasi antara 54 bandar di 23 negara SCO.
Selain itu, di bandar Qingdao terdapat lebih 70 institusi kewangan yang diperkenalkan dari luar, dan Pusat Perkhidmatan RMB Rentas Sempadan SCO sudah mencatatkan transaksi RMB108 bilion (RM63.99 bilion) lebih.
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
- Pameran Kolaboratif Warisan Kebudayaan Negara SCO Buka Tirai di Beijing
- Perdagangan China-Negara SCO Melebihi Separuh Trilion Dolar AS Pada 2024
- Dedikasi China Selaku Pengerusi Bergilir SCO Dihargai
- Buah-buahan China Semakin Popular di Negara SCO
- Dagangan Zon Demonstrasi China-SCO dengan Anggota SCO Naik 26.1 Peratus dalam Tujuh Bulan Pertama 2025