SCO Galas Tanggungjawab Lebih Besar dalam Jaga Keamanan: Xi

(CRI)Isnin 01 September 2025
SCO Galas Tanggungjawab Lebih Besar dalam Jaga Keamanan: Xi

Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) memikul tanggungjawab lebih besar dalam usaha menjaga keamanan dan kestabilan serantau serta memacu kemakmuran bersama, tatkala dunia berdepan ketidaktentuan yang semakin meningkat.

Presiden Xi Jinping membuat kenyataan itu ketika berucap pada majlis jamuan bagi meraikan tetamu kehormat asing yang berada di Tianjin, utara China untuk menghadiri Sidang Kemuncak SCO 2025.

Xi berkata sejak ditubuhkan pada Jun 2001, SCO sentiasa menjunjung "Semangat Shanghai", memperkukuh perpaduan dan rasa saling percaya serta kerjasama pragmatik, selain aktif terlibat dalam urusan antarabangsa dan serantau.

Pertubuhan itu telah menjadi tenaga penting dalam menggalakkan pembentukan hubungan antarabangsa model baharu dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Menurut beliau, sidang kemuncak kali ini menyasar untuk mengumpul konsensus semua pihak, merangsang momentum kerjasama serta merangka cetak biru pembangunan bagi fasa seterusnya.

Xi yakin bahawa persidangan berkenaan akan diadakan dengan jayanya melalui usaha bersepadu semua pihak.

Beliau juga yakin SCO pasti akan memainkan peranan lebih besar dan mencapai kemajuan lebih signifikan, malah memberi sumbangan lebih besar dalam usaha memperkasa solidariti dan kolaborasi antara negara anggota, menghimpun kekuatan Selatan Global serta mendorong pembangunan peradaban umat manusia.

Majlis jamuan itu dihoskan bersama oleh Presiden Xi dan isteri, Peng Liyuan di Pusat Konvensyen dan Pameran Meijiang di Tianjin pada Ahad malam.

Video

Berita Berkaitan