- Lain-lain
Xi Adakan Pertemuan dengan Perdana Menteri India, Modi
Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi yang bakal menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 di Tianjin tengah hari tadi.
Xi berkata, menjadi negara jiran yang hidup secara damai dan rakan kongsi yang boleh memanfaatkan kelebihan masing-masing, yang juga boleh diibaratkan seperti "naga dan gajah beraksi dalam tarian yang sama", sepatutnya pilihan tepat bagi China dan India.
Xi menegaskan bahawa tahun ini ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik China-India. Kedua-dua pihak perlu menangani dan mengawal perbalahan dalam hubungan bilateral dari perspektif strategik dan jangka panjang, dan berusaha meningkatkan hubungan itu melalui pertemuan pemimpin di Tianjin sehingga dapat mendorong perkembangannya secara mampan, sihat dan stabil.
Menurut Xi, kedua-dua negara perlu meningkatkan interaksi strategik dan terus menanam rasa saling percaya dalam bidang politik. Selain itu, perlu memperluas kerjasama untuk mencapai hasil saling menguntungkan, mengambil berat keprihatinan masing-masing demi hidup bersama secara aman, meningkatkan kerjasama pelbagai hala dan melindungi kepentingan bersama.
Modi pula berkata, India dan China bukan pesaing sebaliknya rakan. Konsensus kedua-dua negara jauh lebih besar daripada perselisihan. India bersedia untuk melihat dan membangunkan hubungan kedua-dua negara dari perspektif jangka panjang, dan juga bersedia bekerjasama dengan China untuk mengejar cara penyelesaian isu sempadan yang saksama, munasabah dan boleh diterima kedua-dua pihak.
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
- Xi Terima Kunjungan Perdana Menteri Kemboja
- Xi Terima Kunjungan Perdana Menteri Mesir
- Xi Terima Kunjungan Setiausaha Agung PBB
- China Berjaya Latih Ratusan Bakat Digital untuk Negara SCO
- Tales of Cities | Bunga Api, Ketukangan, Transformasi Pintar Tianjin
- Perdagangan China-Negara SCO Melebihi Separuh Trilion Dolar AS Pada 2024
- Tokoh Asing Taruh Harapan Tinggi Terhadap Sidang Kemuncak SCO di Tianjin
- Pusat Media Sidang Kemuncak SCO Dibuka pada Khamis
- Tianjin Siap Siaga Anjur Sidang Kemuncak SCO
- Xi Bakal Hadir Sidang Kemuncak SCO di Tianjin