Malaysia Sedia Perkukuh Dialog dan Kerjasama ASEAN-SCO

(CRI)Isnin 01 September 2025

Pemimpin dan tokoh antarabangsa menyifatkan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) sebagai platform penting yang mengutamakan manfaat bersama dan hasil menang-menang, sekaligus menyediakan sokongan kukuh untuk memperdalam kerjasama praktikal dalam pelbagai bidang.

Malah mereka percaya sidang kemuncak SCO di Tianjin akan membawa impak baharu kepada pembangunan berkualiti tinggi dan kerjasama menyeluruh dalam kalangan negara anggota.

Sementara itu seorang anggota kumpulan pemikir Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia berkata, sidang kemuncak SCO di Tianjin kali ini merupakan penganjuran terbesar pertubuhan tersebut, sekaligus memperlihatkan pengaruh SCO di peringkat antarabangsa yang semakin meningkat,

Selaku negara pengerusi ASEAN, Malaysia memuji “aspirasi Shanghai” dan bersedia mendorong peningkatan dialog dan kerjasama antara ASEAN dengan SCO.

Video

Berita Berkaitan