Peranan SCO Penting dalam Wujudkan Dunia Multipolar: Guterres

(CRI)Isnin 01 September 2025

Sebagai platform kerjasama multilateral yang saling menguntungkan, Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) mewakili sebahagian besar populasi global dan meliputi kawasan yang mencatat prestasi ekonomi paling dinamik di dunia.

Demikian kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres yang berada di Tianjin, utara China untuk menghadiri Sidang Kemuncak SCO 2025.

Dalam temu bual eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG), Guterres menekankan keperluan untuk membina sebuah dunia multipolar yang membolehkan kerjasama dilaksana melibatkan semua wilayah, budaya, agama dan tamadun.

Beliau turut memuji peranan penting yang dimainkan negara-negara SCO dalam proses multipolarisasi dunia.

"Kewujudan SCO merupakan antara syarat asas bagi kita untuk bergerak ke arah dunia multipolar," ujarnya.

Video

Berita Berkaitan