Mahkamah AS Putuskan Pembekuan Dana Harvard oleh Pentadbiran Trump Adalah Tidak Sah

(CRI)Khamis 04 September 2025

Tindakan pentadbiran Donald Trump membekukan lebih USD2 bilion (RM8.45 bilion) dana persekutuan untuk Universiti Harvard adalah tidak sah.

Demikian diputuskan Hakim daerah Boston Amerika Syarikat (AS), Alison Burrouhgs pada Sabtu.

Dalam keputusannya, hakim Burroughs berkata pembekuan sejumlah geran penyelidikan Harvard oleh pentadbiran Trump pada April telah melanggar proses undang-undang dan menjejaskan hak kebebasan bersuara universiti tersebut.

Sebagai tindak balas, jurucakap White House, Liz Huston mengeluarkan kenyataan menyalahkan Universiti Harvard atas kegagalan melindungi mahasiswa daripada gangguan dan membiarkan diskriminasi berlaku di kampus selama bertahun-tahun.

Katanya lagi universiti tersebut tidak mempunyai hak untuk mendapat dana daripada pembayar cukai berdasarkan perlembagaan dan tidak layak untuk menerima pembiayaan pada masa hadapan.

Houston berkata kerajaan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Video

Berita Berkaitan