Pesta Naadam Disambut Penuh Meriah di Padang Rumput Qinghai

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 10 September 2025
Pesta Naadam Disambut Penuh Meriah di Padang Rumput Qinghai
Pertandingan menunggang kuda tradisional diadakan semasa Pesta Naadam kesembilan di bandar Golmud, Kawasan Autonomi Tibet dan Mongolia Haixi di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Kuang Yu)

Permainan tradisional dan pesta ria telah menghiburkan orang ramai yang berkunjung ke padang rumput di bandar Golmud, Kawasan Autonomi Tibet dan Mongolia Haixi di Provinsi Qinghai, barat laut China, semasa berlangsungnya Pesta Naadam pada baru-baru ini.

Pesta yang memasuki tahun kesembilan penganjurannya tersebut bertujuan untuk meraikan tradisi budaya purba kumpulan etnik Mongolia di Haixi China, dan telah menampilkan sukan-sukan tradisional seperti pertandingan lumba kuda, Bokh (gusti gaya Mongolia), memanah dan tarik tali.

Di trek lumba kuda, haiwan tersebut yang dihiasi dengan penuh warna telah memecut dengan kelajuan maksimum, manakala para penunggang pula mencondongkan badan ke hadapan secara serentak dengan sempurna, sekali gus memperlihatkan kemahiran dan keberanian yang mengujakan penonton.

Di gelanggang gusti pula, peserta yang memakai busana tradisional saling menunduk hormat sebelum memulakan perlawanan, sementara teknik dan kekuatan masing-masing dipamerkan sejurus lagu restu purba didendangkan.

Sementara itu, pemanah pula memperlihatkan ketepatan masing-masing dengan memanah ke arah sasaran yang jauh, dan setiap sasaran tepat telah mendapat sorakan daripada penonton.

Selain daripada pertandingan tersebut, pesta itu menampilkan persembahan budaya dan pameran kostum tradisional, yang menggabungkan keterujaan, tradisi dan semangat komuniti dalam perayaan yang penuh bertenaga.

Seekor kuda digayakan dengan rambu dan reben yang berwarna-warni semasa Pesta Naadam kesembilan di bandar Golmud, Kawasan Autonomi Tibet dan Mongolia Haixi di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Kuang Yu)
Pertandingan tarik tali diadakan semasa Pesta Naadam kesembilan di bandar Golmud, Kawasan Autonomi Tibet dan Mongolia Haixi di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Kuang Yu)
Satu pertunjukan budaya diadakan semasa berlangsungnya Pesta Naadam kesembilan di bandar Golmud, Kawasan Autonomi Tibet dan Mongolia Haixi di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Kuang Yu)
Bokh, gusti gaya Mongolia, diadakan semasa Pesta Naadam kesembilan di bandar Golmud, Kawasan Autonomi Tibet dan Mongolia Haixi di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Kuang Yu)
Pertandingan menunggang kuda tradisional turut diadakan semasa Pesta Naadam kesembilan di bandar Golmud, Kawasan Autonomi Tibet dan Mongolia Haixi di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Kuang Yu)
Persembahan budaya dipentaskan semasa berlangsungnya Pesta Naadam kesembilan di bandar Golmud, Kawasan Autonomi Tibet dan Mongolia Haixi di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Kuang Yu)
Satu persembahan budaya dipentaskan semasa berlangsungnya Pesta Naadam kesembilan di bandar Golmud, Kawasan Autonomi Tibet dan Mongolia Haixi di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Kuang Yu)
Bokh, gusti gaya Mongolia, diadakan semasa Pesta Naadam kesembilan di bandar Golmud, Kawasan Autonomi Tibet dan Mongolia Haixi di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Kuang Yu)

Video

Berita Berkaitan