- Lain-lain
“Evil Unbound 731" Bakal Ditayangkan di Seluruh Dunia Mulai 18 September
Filem "Evil Unbound 731" akan ditayangkan secara global bermula 18 September ini.
Filem ini akan membawa penonton melihat salah satu episod paling gelap dalam sejarah manusia, eksperimen perang biologi kejam yang dilakukan tentera Jepun melalui unit 731 di Pingfang, Bandar Harbin, Provinsi Heilongjiang, semasa fasa akhir perang menentang pencerobohan Jepun.
Filem tersebut mengisahkan bagaimana tentera Jepun menjalankan penyelidikan senjata biologi dan menjadikan rakyat awam sebagai bahan uji kaji.
Walaupun mereka cuba menutup bukti, namun semangat rakyat China untuk mendedahkan kebenaran sejarah tidak pernah padam.
Pada 19 Ogos lalu, Pusat Perhubungan Awam Biro Keselamatan Persekutuan Rusia telah menerbitkan dokumen sulit yang telah dinyahrahsia di laman rasmi mereka, mengesahkan secara terperinci kekejaman unit 731 termasuk eksperimen kejam dan penggunaan senjata biologi terhadap ratusan rakyat China.
- Pameran Karya Seni mengenai Kemenangan China dalam Perang Menentang Pencerobohan Jepun
- China Tegaskan Komitmen Terhadap Pembangunan Damai dan Keadilan Global
- Majlis Peringatan Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Jepun dan Fasis Berakhir Dengan Jayanya
- Xi Berucap Sempena Majlis Memperingati Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Jepun, Fasis
- Xi Periksa Barisan Kehormatan Pasukan Tentera PLA
- 45 Formasi Pasukan Tentera Lakukan Lintas Hormat di Dataran Tian'anmen
- Majlis Peringati Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Jepun dan Fasis Berlangsung Penuh Istiadat
- Majlis Peringatan Kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Jepun, Fasis Berlangsung Hari Ini
- Pahlawan Tanpa Nama
- Persiapan Giat Dijalankan Menjelang Majlis Peringati Kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Jepun, Fasis