Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China 2025 Labuh Tirai (9)

(CRI)Isnin 15 September 2025
Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China 2025 Labuh Tirai

Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2025 dilabuhkan tirainya di Taman Shougang Beijing, pada Ahad.

CIFTIS merupakan platform komprehensif bertaraf antarabangsa yang mengkhususkan perdagangan perkhidmatan.

Bertemakan "Embrace Intelligent Technologies, Empower Trade in Services", CIFTIS 2025 memfokuskan kecenderungan pembangunan perdagangan perkhidmatan ke arah lebih digital, pintar dan mesra alam.

Sempena pameran edisi ini, Sidang Kemuncak Perdagangan Perkhidmatan Global dan sembilan pameran turut diadakan.

Pada masa sama, sebanyak 13 forum tema, 81 forum khas dan 75 sesi promosi turut diadakan, menarik penyertaan kira-kira 2,000 perusahaan secara fizikal dan 5,600 perusahaan secara dalam talian.

Menurut pihak penganjur, lebih 900 dokumen perjanjian dicapai, meliputi sektor pembinaan, teknologi maklumat, kewangan dan lain-lain.

Difahamkan, bermula tahun ini, CIFTIS akan berlangsung di Taman Shougang Beijing untuk selama-lamanya.

Video

Berita Berkaitan