Tinjauan CGTN: CAEXPO Platform Penting Pelihara Multilateralisme Global

(CRI)Khamis 18 September 2025

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 membuka tirai di bandar Nanning, wilayah Guangxi pada Rabu.

Satu tinjauan membabitkan netizen seluruh dunia yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati, 92.8 peratus responden berpendapat penganjuran CAEXPO memaparkan kesungguhan dan tekad China dan ASEAN untuk memperkasakan keterbukaan bertaraf tinggi, dan memelihara perdagangan bebas serta perdangan pelbagai hala.

Ekspo kali ini dijangka akan menarik kunjungan lebih 10,000 syarikt dan 25,000 pembeli.

Tinjauan CGTN tersebut mendapati bahawa 94.5 peratus responden melihat CAEXPO sebagai platform penting bagi memperkasakan pertukaran lawatan perdagangan China-ASEAN.

Untuk tahun ini, pavilion khas tentang kecerdasan buatan (AI) ditubuhkan dalam CAEXPO buat kali pertama untuk mempamerkan kira-kira 1,200 produk AI tercanggih di arena antarabangsa. Sebanyak 78 peratus responden menanti-nantikan ekonomi digital diwakili AI dapat menjadi penggerak bagi pembangunan sosioekonomi serantau.

Video

Berita Berkaitan