Naib Presiden China Han Zheng Hadir Majlis Perasmian CAEXPO ke-22

(CRI)Khamis 18 September 2025

Naib Presiden China Han Zheng menghadiri majlis perasmian Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 dan juga Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN di bandar Nanning, ibu kota wilayah Guangxi China pagi Rabu.

Han berkata, Presiden China Xi Jinping telah mengemukakan cadangan untuk membima kampung halaman yang aman, selamat, makmur, indah dan bersahabat pada tahun 2021. Ini telah menggariskan hala tuju bagi kerjasama China-ASEAN pada masa akan datang.

Demi memperkasakan kerjasama antara China dan ASEAN, Han mengesyorkan kedua-dua pihak meningkatkan pemadanan strategi pembangunan, mempromosikan pembinaan bermutu tinggi Jalur dan Laluan (BRI), di samping mengintensifkan pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI), Inisiatif Peradaban Global (GCI) dan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI).

Di samping itu, Han berkata, China dan ASEAN dikehendaki mempercepat langkah keterbukaan dan kerjasama serantau, mendorong pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN 3.0, melaksanakan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Pada masa sama, China dan ASEAN juga harus bersama-sama menjaga kestabilan rantaian bekalan dan rantaian perindustrian global, menggalakkan pertukaran sosiobudaya, mengambil lebih banyak langkah untuk memudahkan pertukaran lawawtan individu supaya memberikan manfaat kepada rakyat.

Han mengatakan, CAEXPO dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN merupakan platform penting untuk merapatkan persahabatan antara kedua-dua pihak serta platform penting untuk mendorong pembangunan dan kerjasama serantau. Pelbagai pihak berkenaan diharap menggunakan dengan baik platform tersebut, berkongsi peluang dan mencipta masa depan yang lebih indah.

Video

Berita Berkaitan