Xi Sampaikan Salam Sempena Pesta Tuaian China

(CRI)Isnin 22 September 2025

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan salam kepada golongan petani serta pegawai yang berkhidmat dalam sektor pertanian, luar bandar dan kebajikan petani sempena sambutan Pesta Tuaian Petani China ke-8.

Beliau berkata pemodenan ala China tidak dapat dipisahkan daripada pemodenan pertanian dan luar bandar.

Xi berharap agar golongan petani terus memanfaatkan inovasi dan kreativiti selain pelbagai lapisan masyarakat digalakkan aktif mengambil bahagian dalam pembangunan kawasan luar bandar yang indah hingga mewujudkan masa depan yang indah selaras dengan pemodenan ala China.

Video

Berita Berkaitan