China Keluarkan Kertas Putih Garis Panduan Tadbir Urus di Xinjiang pada Era Baharu

(CRI)Jumaat 19 September 2025

Pejabat Penerangan Dewan Negara China pada Jumaat menerbitkan kertas putih yang bertajuk “Kejayaan Pelaksanaan Strategi Tadbir Urus Parti Komunis China (PKC) di Xinjiang pada Era Baharu”.

Kertas putih tersebut mempunyai sepuluh bahagian utama, selain bahagian pendahuluan dan penutup.

Bahagian-bahagian lain termasuk konsep sejarah dan pengalaman kerajaan pusat dalam mentadbir Xinjiang, sejarah kecemerlangan PKC dalam mentadbir Xinjiang, strategi PKC dalam era baharu bagi membuka lembaran baharu tadbir urus di Xinjiang, asas kestabilan dan kedamaian jangka panjang, pembinaan komuniti bangsa China, pengukuhan demokrasi dan kedaulatan undang-undang, pembangunan berkualiti tinggi dan keterbukaan peringkat tinggi berkembang serentak, pencapaian ketara dalam pembangunan budaya, penambah baikan berterusan dalam kehidupan rakyat dan penjanaan impak sosial bagi pembangunan Xinjiang.

Kertas putih itu menekankan bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 Wilayah Autonomi Xinjiang, justeru di bawah bimbingan strategi tadbir urus PKC untuk Xinjiang pada era baharu, lebih banyak pembangunan akan dilakukan di Xinjiang, ke arah masa depan yang lebih gemilang.

Video

Berita Berkaitan