- Lain-lain
Britain, Kanada, Australia Iktiraf Negara Palestin
Britain, Kanada dan Australia masing-masing mengeluarkan pengumuman untuk mengiktiraf negara Palestin yang sah, pada Ahad.
Perdana Menteri Britain, John Stammer menerusi pengumuman di media sosial berkata pentadbirannya secara rasmi mengiktiraf negara Palestin.
Beliau menegaskan krisis kemanusiaan yang tercetus akibat perbuatan manusia serta serangan yang semakin meningkat oleh Israel "sama sekali tidak boleh diterima" dan "mesti dihentikan".
Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri Kanada, Mark Carney mengeluarkan kenyataan bahawa negara itu kini secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Malah, pentadbiran Kanada juga sedang berusaha bersama-sama rakan antarabangsa untuk mengekalkan prospek "penyelesaian dua negara".
Selain itu, kerajaan Australia turut mengeluarkan kenyataan yang serupa apabila menyatakan bahawa negara itu akan mengiktirafan negara Palestin bermula 21 September.
Menurut kenyataan tersebut, Australia akan mempertimbangkan langkah-langkah selanjutnya termasuk jalinan hubungan diplomatik dan penubuhan kedutaannya di Palestin sekiranya pihak berkuasa Palestin melaksanakan komitmennya untuk melakukan reformasi.
- Palestin Tubuh Jawatankuasa Penggubalan Perlembagaan Sementara
- AL Seru Hentikan Perang di Gaza, Menentang Dakwaan Pindahkan Rakyat Palestin
- China Sokong Usaha Negara Arab dalam Isu Palestin
- China Gesa Pendudukan Haram di Palestin Ditamatkan Serta-merta
- China Bersedia Mainkan Peranan Konstruktif demi Keamanan dan Kestabilan Asia Barat
- Anggota Kerajaan Baharu Palestin Angkat Sumpah
- Palestin Hentikan Semua Hubungan dengan Israel
- Presiden Palestin Dijadual Lawat China Minggu Depan
- China Seru Selesai Isu Palestin secara Adil dan Tuntas
- 21 Terbunuh dalam Kebakaran di Gaza