Anggota Kerajaan Baharu Palestin Angkat Sumpah

(CRI)Isnin 01 April 2024

Kerajaan Palestin penggal baharu yang dipimpin Perdana Menteri Mohammad Mustafa mengangkat sumpah untuk menyandang jawatan di Ramallah pada Ahad.

Selain Perdana Menteri Mohammad Mustafa merangkap jawatan Menteri Luar, kerajaan baharu tersebut juga terdiri 23 menteri.

Menurut laporan media rasmi Palestin WAFA sebelum ini, tugas utama kerajaan baharu termasuk menyediakan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza, membina semula Genting Gaza dan Tebing Barat, serta menstabilkan situasi ekonomi negara itu.

Video

Berita Berkaitan