Buluh, Potensinya Tak Terhingga
 |
Hutan buluh di Guangde, provinsi Anhui, timur China. (People's Daily Online/Zhang Jun) |
Apakah yang serta-merta timbul di minda apabila memikirkan produk buluh? Penyepit buluh, tikar buluh, kipas buluh, atau barang lain?
Di Guangde yang letaknya di provinsi Anhui, timur China, buluh yang sifatnya serba guna sedang merombak pemahaman ramai berkaitan industri buluh tradisional. Straw, papan kekunci, tetikus, dan pisau cukur – kesemua objek ini boleh dibuat daripada buluh dan bukan lagi plastik. Potensi buluh jauh melebihi apa-apa yang dapat dibayangkan.
Terletak di tempat pertemuan lapan kaunti merentasi provinsi Jiangsu, Zhejiang dan Anhui, Guangde tempat tumbuhnya hampir sejuta mu atau kira-kira 66,666.7 hektar hutan buluh. Maka, sesuai sekalilah tempat ini dipanggil “Pekan Buluh China.”
Di Dongting, penduduk pekan memanfaatkan sepenuhnya buluh yang tumbuh di situ. Daripada penanaman hinggalah pengeluaran dan jualan, terdapat satu rantaian pemprosesan buluh yang kini berkembang subur. Pekan tersebut menjadi pangkalan pemprosesan empat syarikat berskala besar serta lebih 50 bengkel, yang menjana output tahunan berjumlah 1.3 bilion yuan. Industri berkenaan menyediakan pekerjaan kepada lebih 2,000 penduduk kampung setempat.
 |
Pewaris seni anyaman buluh menganyam dengan tangan. (People's Daily Online/Zhang Jun) |
 |
Beg buluh pasti membuat orang jatuh cinta pandang pertama. (People's Daily Online/Zhang Jun) |
 |
Bilik minum teh berperabot buluh. (People's Daily Online/Miao Zijian) |
 |
Ornamen haiwan yang dianyam daripada pucuk buluh kelihatan hidup.
(People's Daily Online/Zhang Jun)
|
 |
Papan kekunci dan tetikus buluh yang dilengkapi fungsi Bluetooth. (People's Daily Online/Zhang Jun) |