- Lain-lain
Visa Baharu H-1B Undang Kritikan, Syarikat Teknologi Tempatan Mungkin Terjejas
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada 19 September menandatangani satu pengumuman untuk menaikan kadar bayaran syarikat bagi pemohon visa H-1B kepada USD100,000 setahun.
Seorang jurutera yang berkhidmat di sebuah syarikat sains dan teknologi besar AS ketika ditemu bual wartawan di Lapangan Terbang San Francisco berkata, beberapa penumpang warga India mahu turun dari pesawat selepas menerima maklumat yang berkaitan.
Keadaan berkenaan juga menyebabkan kelewatan penerbangan.
Untuk rekod, visa H-1B merupakan visa kerja sementara di AS.
Media tempatan AS mengulas bahawa dasar visa baharu itu akan membawa impak negatif terhadap syarikat sains dan teknologi gergasi seperti Amazon, Microsoft, Google dan lain-lain, yang sememangnya bergantung kepada program visa H-1B untuk mengupah pakar asing seperti jurutera pembangunan perisian.