Pengembala Bawa Ternakan Berhijrah, Guna Kemudahan Moden di Mongolia Dalam
 |
Duurengbulag (kanan) dan seorang jiran sedang memindahkan ternakan ketika dalam perjalanan pulang di Jarud Banner, Tongliao, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China pada 20 September 2025. (Xinhua/Lian Zhen) |
Pada setiap bulan September, pengembala di Baori Hushu Gacha di Gerquluu Sumu di Jarud Banner, Tongliao, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China, akan mengemudi haiwan ternakan masing-masing dari pada rumput musim panas ke padang rumput musim sejuk.
Duurengbulag, 52, seorang yang berpengalaman dalam mengendalikan penghijrahan ternakan. Beliau berkongsi bahawa pada masa dahulu, mereka menunggang kuda dari satu padang rumput ke satu padang rumput yang lain, dan kini mereka akan menunggang motosikal atau memandu kereta.
“Jika dahulu, yurt (khemah Mongolia) merupakan satu-satunya pilihan untuk penginapan kami di padang rumput musim panas, kini kami mempunyai rumah pasang-siap yang menggunakan tenaga suria,” sambungnya lagi.
Untuk rekod, Duurengbulag turut berkhidmat sebagai setiausaha Parti di Baori Hushu Gacha, iaitu peranan yang menggabungkan tanggungjawab komuniti dan kepimpinan. Beliau dan isterinya telah keluar pada pagi 20 September bersama-sama dengan kumpulan terakhir beberapa keluarga pengembala lain untuk menuju ke padang rumput musim sejuk.
 |
Duurengbulag membantu seorang jiran memuatkan barangan ke dalam trak pikap di Baori Hushu Gacha, Gerquluu Sumu di Jarud Banner, Tongliao, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China pada 20 September 2025. (Xinhua/Lian Zhen) |
 |
Duurengbulag membantu jiran memuatkan panel solar ke dalam trak pikap di Baori Hushu Gacha, Gerquluu Sumu di Jarud Banner, Tongliao, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China pada 20 September 2025. (Xinhua/Lian Zhen) |
 |
Duurengbulag dan isterinya di Baori Hushu Gacha, Gerquluu Sumu di Jarud Banner, Tongliao, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China pada 19 September 2025. (Xinhua/Lian Zhen) |
 |
Duurengbulag memberi makanan kepada ternakan dengan garam di Baori Hushu Gacha, Gerquluu Sumu di Jarud Banner, Tongliao, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China pada 20 September 2025. (Xinhua/Lian Zhen) |