- Lain-lain
China Lakar Pencapaian dalam Pembangunan Infrastruktur Tali Air
(CRI)Isnin 29 September 2025
China melakar pencapaian signifikan dalam pembangunan infrastruktur tali air sejak pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14.
Perkara itu dimaklumkan pada Isnin ketika sidang media anjuran Pejabat Penerangan Dewan Negara mengenai pencapaian FYP ke-14 bagi tempoh 2021 hingga 2025.
Setakat hujung 2024, China telah menyiapkan 95,000 empangan, 200 projek penyaluran air dan 6,924 kawasan pengairan berskala besar dan sederhana, serta benteng pencegah banjir sepanjang 318, 000 kilometer.
Dengan itu, China berjaya mewujudkan sistem infrastruktur tali air berskala paling besar dengan fungsi paling lengkap dan berupaya memenuhi keperluan populasi paling ramai di dunia.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang