- Lain-lain
Majlis Resepsi Rai Ulang Tahun ke-76 Penubuhan Republik Rakyat China Berlangsung di Beijing
Presiden Xi Jinping mahu seluruh bangsa terus berusaha gigih dan mara ke hadapan dengan penuh keazaman dalam memacu modenisasi ala China.
Xi berkata demikian pada majlis resepsi sempena sambutan ulang tahun ke-76 penubuhan Republik Rakyat China yang berlangsung di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Selasa malam.
"Usaha merealisasikan kebangkitan semula bangsa China merupakan perjuangan mulia yang tidak pernah dilakukan dahulu.
"Aspirasi dan cabaran memberi inspirasi kepada kita untuk merebut setiap detik dan berusaha dengan penuh ketabahan," ujar beliau.
Pada majlis itu, Xi merakamkan ucapan terima kasih kepada negara dan sahabat asing yang memberikan perhatian dan sokongan kepada pembangunan China selama ini.
Beliau turut menekankan keperluan menyemarakkan nilai yang dijunjung manusia sejagat, mengamalkan multilateralisme jitu, mendorong pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI), Inisiatif Peradaban Global (GCI) dan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI), di samping berganding bahu dengan pelbagai negara untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.
- China Bakal Saksi Ledakan Pelancongan Sempena Percutian ‘Minggu Emas’ 2025
- Hari Kecergasan Kebangsaan Disambut Meriah Serata China
- Xi Terima Ucapan Tahniah dari Biden Sempena Ulang Tahun ke-75 RRC
- Cuti Hari Kebangsaan China: Penumpang Kereta Api 100 Juta Lebih
- Statistik Penggunaan Cuti Hari Kebangsaan, Pesta Kuih Bulan
- Tokoh-tokoh Antarabangsa Ucap Tahniah Sempena Hari Kebangsaan PRC