- Lain-lain
Perlu Pelihara Status PBB, Perkukuh Tadbir Urus Global - MFA
Keperluan untuk memelihara kedudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mengukuhkan tadbir urus global sudah menjadi konsensus masyarakat antarabangsa.
Perkara itu dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China (MFA) Guo Jiakun dalam sidang media pada Selasa susulan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) mendapat pujian ramai pemimpin asing pada perbahasan umum sesi ke-80 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) 2025.
Menurut beliau, GGI yang digagaskan Presiden Xi Jinping menjunjung lima prinsip iaitu menegakkan kesaksamaan kedaulatan, mematuhi undang-undang antarabangsa, mengamalkan multilateralisme, menggalakkan pendekatan berpaksikan rakyat dan bertindak menggariskan hala tuju.
Ia menyediakan pendekatan bagi merungkai pelbagai cabaran dalam tadbir urus sejagat, katanya.
Guo berkata inti pati inisiatif GGI adalah sejajar dengan Piagam PBB, sekali gus memperlihatkan sokongan teguh China terhadap PBB serta aspirasi bersama masyarakat antarabangsa.