Saintis China Dedah Hasil Penyelidikan Baharu terhadap Bulan

(CRI)Isnin 06 Oktober 2025

Saintis China mendapati mantel di sisi jauh bulan adalah lebih 'sejuk' daripada sisi dekat.

Dapatan itu diperoleh menerusi kajian terhadap sampel yang dibawa balik dari sisi jauh bulan oleh prob Chang'e-6, sekali gus menyediakan data penting untuk penyelidikan evolusi bulan.

Hasil penyelidikan berkenaan telah diterbitkan pada laman sesawang jurnal 'Nature Geoscience'.

Video

Berita Berkaitan