UNHRC Lulus Draf Resolusi Disyor China mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya

(CRI)Selasa 07 Oktober 2025

Satu draf resolusi mengenai penggalakan dan perlindungan hak ekonomi, sosial dan budaya dalam konteks menangani ketidaksamaan, diterima tanpa undian pada sesi ke-60 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada Isnin.

Draf resolusi itu dikemukakan oleh China bagi mewakili hampir 70 negara antaranya termasuk Bolivia, Mesir, Pakistan dan Afrika Selatan.

Wakil tetap China ke Pejabat PBB di Geneva dan organisasi antarabangsa lain di Switzerland, Chen Xu menjelaskan bahawa cadangan China berkenaan bertujuan untuk menguruskan perbezaan pendapat, membina konsensus dan menumpukan kerjasama berorientasikan tindakan.

Beliau menyeru supaya semua pihak menjunjung multilateralisme dan kolaborasi global serta mengadakan perbincangan tematik dan dialog interaktif dalam UNHRC.

Chen berkata sokongan padu harus diberikan kepada usaha Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia dalam memperkasa hak ekonomi, sosial dan budaya.

Beliau menambah bahawa hab pengetahuan mengenai hak ekonomi, sosial dan budaya yang ditubuhkan di bawah resolusi disyor China, harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberikan bantuan teknikal dan pembinaan keupayaan kepada negara-negara yang memerlukannya.

Video

Berita Berkaitan