G-STIC 2025 Fokuskan Pembangunan Lestari di Afrika

(CRI)Khamis 09 Oktober 2025

Persidangan Inovasi Sains dan Teknologi Global (G-STIC) 2025 yang berfokuskan pakej penyelesaian untuk mewujudkan pembangunan inklusif dipacu inovasi dan pelaksanaan projek pembangunan lestari, dirasmikan di Pretoria, Afrika Selatan, bermula pada Rabu.

Mengangkat tema "inovasi sains dan teknologi kondusif bagi kemampanan masa depan", G-STIC 2025 anjuran bersama Institut Teknologi Flanders Belgium (VITO) dan Institut Konversi Sumber Tenaga Guangzhou (GIEC) di bawah Akademi Sains China yang sudah masuk edisi ke-8 itu, diserikan dengan penglihatan tokoh-tokoh pelbagai negara dari kalangan politik, perniagaan dan akademia.

Semasa berlangsung Sidang Pleno Sumber Tenaga, Mesyuarat Khas Biojisim dan Mesyuarat Khas Tenaga Geoterma, GIEC sebagai pihak penganjur akan bersama dengan kumpulan pakar dari pelbagai negara mengadakan perbincangan tentang bagaimana membantu Afrika mewujudkan transformasi dalam bidang penggunaan sumber tenaga dan pembangunan lestari dengan memanfaatkan inovasi sains dan teknologi.

G-STICl 2025 yang akan berlangsung selama tiga hari itu melibatkan isu-isu dalam 7 bidang utama, iaitu iklim, sumber tenaga, kesihatan, air, pertanian, keselamatan dan ekonomi kitar semula, dan bertujuan memberikan sokongan dan saluran kerjasama kepada Afrika untuk merancakkan landskap sumber tenaga bersih dan memperjuangkan matlamat pembangunan lestari, bersempena penganjuran persidangan itu di benua Afrika buat kali pertama.

Video

Berita Berkaitan