Kerjasama China, Itali Tampil Prestasi Cemerlang: Wang Yi (2)

(CRI)Khamis 09 Oktober 2025
Kerjasama China, Itali Tampil Prestasi Cemerlang: Wang Yi

Kerjasama antara China dengan Itali mempamerkan prestasi cemerlang sehingga menyumbang kepada kejayaan satu sama lain.

Perkara itu dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) ketika menghadiri mesyuarat bersama ke-12 Jawatankuasa Kerajaan China-Itali bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Itali, Antonio Tajani di Rom pada Rabu.

Wang berkata kedua-dua negara harus memikul tanggungjawab, bergerak seiring dengan arus sezaman, mengukuhkan rasa saling percaya dan menempa kejayaan bersama.

Beliau juga berharap kedua-dua pihak terus mengamalkan sikap terbuka dalam memperkasa kerjasama pragmatik sehingga menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Video

Berita Berkaitan