- Lain-lain
Presiden China Bakal Sampaikan Ucaptama Dalam Sidang kemuncak Wanita Sedunia
Presiden China Xi Jinping akan menghadiri dan menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian Sidang kemuncak Wanita Sedunia 2025 yang diadakan di Beijing dari 13 hingga 14 Oktober, menurut jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang akhbar pada Khamis.
Guo berkata, Deklarasi Beijing dan Platform Tindakan yang diluluskan dalam Persidangan Wanita Sedunia Keempat di Beijing pada 30 tahun yang lalu telah menjadi batu tanda pembangunan usaha wanita di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2020, Presiden Xi mencadangkan untuk mengadakan lagi Sidang kemuncak Wanita Sedunia pada tahun 2025 dalam ucaptama beliau sempena berlangsungnya Mesyuarat Peringkat Tinggi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memperingati Persidangan Wanita Sedunia 1995 di Beijing melalui pautan video.
"Dengan ini, China dan badan Wanita PBB akan menganjurkan bersama Sidang Kemuncak Wanita Sedunia untuk melaksanakan cadangan Presiden Xi tersebut.
“Sidang kemuncak kali ini bertujuan membangkitkan semula semangat Persidangan Wanita Sedunia 1995 di Beijing, selain mempercepat langkah pelaksanaan Deklarasi Beijing dan Platform Tindakan untuk memberikan momentum baharu bagi pewujudan kesaksamaan jantina di peringkat antarabangsa dan pembangunan wanita secara menyeluruh, sekali gus mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
“Sidang itu akan diseri dengan kehadiran berpuluh-puluh pemimpin negara dan ketua kerajaan, parlimen, timbalan perdana menteri, pegawai peringkat menteri, ketua pertubuhan antarabangsa dan selebriti dari seluruh dunia.
“Kami (China) bersedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menjayakan sidang kemuncak kali ini dan menjadikannya sebagai satu lagi pencapaian signifikan dalam sejarah pembangunan wanita di dunia,” kata jurucakap itu.
- Xi Bakal Hadir Perasmian Sidang Kemuncak Wanita Global
- China Seru Sinergi Galak Usaha Pemerkasaan Wanita
- Kertas Putih "Pencapaian China dalam Pembangunan Wanita Era Baharu" Diterbitkan
- China Bekerjasama dengan UNESCO Tingkatkan Pendidikan Sains untuk Kaum Wanita
- Angkasawan Wanita Pertama China Bentang Pembangunan Wanita China di PBB
- Wanita Pertama China, Negara-negara Afrika Hadir Mesyuarat Pendidikan
- Galak Golongan Wanita Berbakti kepada Pembangunan Modenisasi Ala China: Xi
- Trend ‘Sukan Wanita’ Luaskan Pintu Niaga untuk Jenama
- Peng Liyuan Sampai Ucapan Sempena Forum Wanita China-Afrika
- Muzium Papar Pakaian Tradisional Wanita Pelbagai Etnik Sempena Hari Wanita Sedunia