Sukan Kebangsaan ke-15 China Catat Sejarah dengan Api Obor dari Laut Dalam

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 10 Oktober 2025
Sukan Kebangsaan ke-15 China Catat Sejarah dengan Api Obor dari Laut Dalam
Kapal penyelidikan “Marine Geology No. 2” yang membawa kenderaan kawalan jarak jauh (ROV) Haima, menjalankan misi menyalakan “api sumber” di perairan utara Laut China Selatan.

Pada 9 Oktober, obor bagi Sukan Kebangsaan ke-15 serta Sukan Orang Kurang Upaya ke-12 dan Olimpik Khas ke-9 China dinyalakan dalam upacara pertama di dunia yang menggunakan “api sumber” dari dasar laut dalam.

Majlis diadakan di daerah Nansha, provinsi Guangdong, di Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau, tuan rumah temasya tersebut.

“Api sumber” itu dinyalakan di lokasi pada kedalaman lebih 1,500 meter di perairan utara Laut China Selatan pada 18 September.

Dengan menggunakan kenderaan kawalan jarak jauh (ROV) Haima, pasukan penyelidikan China memungut ais mudah bakar (hidrat gas asli) yang kemudiannya dinyahmampatkan untuk melepaskan metana. Seterusnya, kuasa elektrik yang dijana oleh panel suria yang dipasang pada sebuah kapal penyelidikan disalurkan ke dasar laut dalam untuk membakar gas berkenaan, lalu menyalakan “api sumber”. Api itu akhirnya dipindahkan oleh kru selepas dibawa balik ke dek kapal.

Haima, unit ROV kelas 4,500 meter yang diturunkan dari kapal penyelidikan “Marine Geology No. 2”, kunci bagi operasi ini.

Kapal penyelidikan “Marine Geology No. 2” yang membawa kenderaan kawalan jarak jauh (ROV) Haima, menjalankan misi menyalakan “api sumber” di perairan utara Laut China Selatan.
Juruteknik melaraskan alat pencucuh pada ROV Haima sebelum dihantar ke dasar laut dalam untuk menyalakan “api sumber”.
Di dek kapal penyelidikan, kru memindahkan api dari alat pencucuh yang terpasang pada ROV Haima selepas kepulangannya.
Di bilik kawalan ROV Haima di atas kapal penyelidikan, operator mengawal alat pencucuh semasa menjalankan operasi dasar laut dalam.
ROV Haima kembali ke permukaan selepas berjaya menyalakan “api sumber” di dasar laut dalam.

Video

Berita Berkaitan