China Perluas Inisiatif Kenderaan Kitar Semula di Bandar Sisa Sifar

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 14 Oktober 2025

Foto menunjukkan kenderaan kitar semula sisa tanpa pemandu di Huainan, Provinsi Anhui di timur China. (Foto oleh Chen Bin)

Foto menunjukkan kenderaan kitar semula sisa tanpa pemandu di Huainan, Provinsi Anhui di timur China. (Foto oleh Chen Bin)

Di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Tianjin di utara China, 20 stesen kitar semula pintar pertama yang dibangunkan oleh anak syarikat China Resources Recycling Group baru-baru ini mula beroperasi.

Kesemua ‘kabin pintar’ pelbagai fungsi tersebut menggabungkan pemulihan sumber, perkhidmatan komuniti dan bekalan tenaga kecemasan, menambah baik pengumpulan sisa bandar bahagian depan dan menyokong pembangunan bandar-bandar sifar sisa.

Di serata China, banyak daerah kini semakin aktif dalam memacu model-model unik untuk mengubah sisa menjadi kitar sebagai bernilai dan mengembangkan kitar semula.

Istilah ‘sisa sifar’ tidak bermakna sisa pepejal akan terhenti dijana, dan tidak boleh dihapuskan sepenuhnya. Sebaliknya, ia mewakili pendekatan tadbir urus yang berpusat pada pengurangan sumber berterusan dan promosi sistematik kitar semula serta penggunaan semula, iaitu satu usaha penting dalam memajukan pembangunan hijau.

Mengubah sisa menjadi sesuatu yang bernilai memerlukan penghapusan kesesakan merentasi rantaian kitar semula dan menukar bahan kepada aset yang produktif. Seperti yang disebut pepatah, pembaziran hanyalah sumber di tempat yang salah. Persoalan praktikal ialah bagaimana untuk merealisasikan peredaran sumber pada skala.

Salah satu cara ialah inovasi teknologi. Sebagai contoh, Moon-Tech, firma teknologi perlindungan alam sekitar yang berpangkalan di Yantai, Provinsi Shandong di timur China, telah membangunkan teknologi yang menangkap 97 peratus karbon dioksida dalam gas ekzos, dan karbon dioksida ketulenan tinggi yang terhasil boleh digunakan dalam pemprosesan makanan dan industri lain.

2.	Pelajar di tadika mempelajari tentang pengisihan sisa di Zhangjiakou, Provinsi Hebei, utara China. (Foto oleh Zhang Litao)

Pelajar di tadika mempelajari tentang pengisihan sisa di Zhangjiakou, Provinsi Hebei, utara China. (Foto oleh Zhang Litao)

Dengan mengubah sisa kepada sumber dan penggunaan menjadi nilai tambah, inovasi seperti itu menambah baik kecekapan sumber dan mencipta peluang pertumbuhan baharu untuk perusahaan.

Pendekatan lain yang diambil ialah inovasi berasaskan senario. Di sebuah syarikat tenaga baharu di perbandaran Chongqing di barat daya China, bateri kuasa yang tidak lagi digunakan telah diuji kemampuannya, diurai dan dihasilkan semula untuk menjadi pek bateri standard.

Kemudiannya, pek-pek tersebut digunakan dalam stesen pangkalan telekomunikasi, lampu jalan pintar dan senario lain. Bahan yang lapuk dalam satu aplikasi boleh menjadi aset berharga dalam penggunaan yang lain.

Daripada teknologi kepada senario aplikasi, mengutamakan penggunaan sumber yang cekap dan menambat inovasi membolehkan sumber terbiar atau kurang digunakan dapat digunakan semula untuk nilai yang lebih besar dan memberi manfaat awam yang lebih luas.

Rangka kerja dasar dan kawal selia juga penting untuk merangsang daya hidup pasaran dan peralihan kitar semula kepada dipacu pasaran berbanding kerajaan.

Di Shenzhen, Provinsi Guangdong di selatan China, garis panduan untuk pembinaan stesen kitar semula menggalakkan syarikat menaik taraf atau membina pusat penyisihan dan stesen pemindahan berstandard tinggi, memastikan bahan kitar semula dikumpul dengan betul dan diproses dengan cekap.

Foto memperlihatkan fasiliti kitar semula haba lebihan di Syarikat Besi dan Keluli Ma’anshan di Provinsi Anhui, timur China. (Foto oleh Luo Jisheng)

Foto memperlihatkan fasiliti kitar semula haba lebihan di Syarikat Besi dan Keluli Ma’anshan di Provinsi Anhui, timur China. (Foto oleh Luo Jisheng)

Alat dasar bukan sahaja memberi jaminan kepada pelaksanaan, tetapi turut membantu dalam membentuk tingkah laku masyarakat.

Mengambil Shanghai sebagai contoh, ia telah memperkenalkan undang-undang pembangunan bandar sisa sifar yang mempromosi penyertaan awam secara lebih meluas dalam gaya hidup sisa sifar. Walhasil, kadar pematuhan pengisihan sisa isi rumah di bandar itu terus kekal pada tahap melebihi 95 peratus, dengan kadar kitar semula keseluruhan mencapai 43 peratus.

Pembangunan hijau yang berkesan akan memperdalam lagi tadbir urus yang selaras. Cabaran ekologi dan alam sekitar tidak bergantung kepada batas pentadbiran. Dalam pembinaan pengurusan sisa, pengawalan secara ketat di sesuatu tempat dan disusuli penguatkuasaan undang-undang di tempat lain boleh menjurus kepada pembuangan sampai rentas kawasan. Justeru, kemajuan yang berterusan dari kawasan rintis kepada kolaborasi antara wilayah memerlukan pemikiran yang bersistem dan penyelarasan lebih kuat dalam kalangan jabatan kerajaan, wilayah dan dasar.

Video

Berita Berkaitan